Alhamdulillah telah diberi kesempatan membelek beberapa helaian Tafsir Fizilal Surah Yusuf. Surah yang cukup bermakna dalam penggalian kehidupan seseorang dan menjadi penawar hati Rasulullah setelah ditimpa dua musibah, iaitu kematian isterinya, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.
Bila kita sebut Surah Yusuf, orang selalu sebut kisah Yusuf AS dengan wanita yang mahu menggoda baginda, kisah baginda dengan raja, kisah baginda mentafsir mimpi banduan... Padahal semua kisah ini adalah pendek. Ada kisah yang jauh lebih panjang dan ekstensif atau besar skopnya dalam Surah ini. Bahkan ia adalah 'storyline' utama surah ini, kisah-kisah lain cuma episod atau potongan pendek sahaja.
Kisah yang panjang itu adalah pengkhianatan dan mengubat kerosakan yang dihasilkan pengkhianatan.
43 ayat yang berkaitan pengkhianatan atau lebih sepertiga surah ini ialah kisah Nabi Yusuf AS 'membuli' semula abang-abang baginda yang mengkhianati baginda dan amanah ayah mereka Ya'qub AS dengan mencampak baginda dalam perigi dahulu.
Seorang Nabi adalah maksum dari melakukan maksiat, lalu mengapa Yusuf AS 'membuli' mereka sebegitu rupa, suatu perbuatan yang nampak macam menganiaya? Adakah Al-Quran menganjurkan, memuji, dan menggalakkan membalas dendam? Ini persoalan yang harus kita timbulkan.
Dr Ahmad Naufal dalam kitab karangan beliau Tafsir Surah Yusuf menceritakan panjang lebar, betapa mereka (adik-beradik Yusuf yang mengkhianati) perlu diasak dahulu, betapa ego mereka perlu dihancurkan dan ditundukkan dengan bijaksana, barulah mereka akan mengakui kesalahan pengkhianatan mereka setelah mereka kalah dan terkepung. Barulah Yusuf AS dapat kembali kepada pangkuan ibu bapa baginda dalam keadaan hubungan kekeluargaan sudah bersih, kosong-kosong, tiada lagi permusuhan, rasa terkilan, dengki, konspirasi, dan rasa tidak enak.
Kalau ego mereka tidak ditundukkan, mereka mungkin sekali akan melawan atau melarikan diri, hingga yang akan menjadi mangsa ialah ibu dan ayah mereka serta adik baginda. Silap-silap sampai ke hujung hayat baginda tidak akan dapat bertemu mereka kembali.
Antara tafsir yang dikarang dari perspektif psikologi
Kerana ego pengkhianat ini lain macam. Ia barah, membusuk dalam jiwa. Hingga para anak seorang Nabi pun perlu 'dibuli' dalam 43 ayat al-Quran baru barah ini dibersihkan dan dikafarahkan. Betapa beratnya dosa ini dalam hati manusia.
Kalau dijumlahkan ayat yang sebut pasal semua hukuman hudud pun tak sampai 43. Maknanya maqsid menginsafkan penjahat secara amnya atau pengkhianat secara khasnya diliputi paling kurang 43 ayat al-Quran. Belum dikira ayat-ayat surah lain.
Agama Islam bukan agama menyuruh berlemah-lembut sampai dibuli. Ia agama yang menyuruh menundukkan para pembuli dengan kekuatan dan hikmah kebijaksanaan supaya mereka insaf atau berhenti membuli. Dan salah satu aspek besar dalam Surah Yusuf yang disebut Al-Quran sebagai sebaik-baik kisah adalah kisah menundukkan pengkhianat.
Sebagai penutup, sebagai seorang muslim yang soleh, kita tidak boleh membiarkan diri kita ini tak berdaya guna sehingga 'dibuli', ditindas, dipaksa oleh pihak kemungkaran. Allah mengajarkan bagaimana kita harus menyelesaikan masalah ini dengan bijak dan hikmah melalui jalur kehidupan para rasul. Ia juga sebagai pemberi semangat kepada umat manusia supaya tidak putus asa dan bersedih malah bangkit terus melawan kemungkaran sehingga ia tunduk pada kita. Rasulullah sendiri apabila diwaktu menang dan kuat, tidak menggunakan kekuasaannya mengikut kemahuan, malah sewaktu Pembukaan Mekah, baginda berpesan semua penduduk agar masuk ke dalam rumah dengan selamat. Baginda memberi pelajaran yang setimpal pada musuh-musuh baginda.
Fath Mekah Rasulullah datang bersama ribuan sahabat
"Kuasa dalam Islam untuk menggerunkan musuh bukan niat untuk membalas dendam".
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.
"Jangan kita jadi orang soleh tapi tak berdaya guna".
Tafsir Fi Zilal karangan Syed Qutb kini dalam bahasa Melayu
24 / 100 Powered by Rank Math SEO Terima kasih kerana berminat. Untuk makluman, pembayaran ansuran boleh dilakukan dengan 2 cara: 1. Shopee Boleh terus ke kedai Shopee kami. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda tahu: Langkah 1: Klik Button Oren “Buy Now” Langkah 2: Tekan Button Oren “Checkout” Langkah 3: Pilih “Select Payment” Langkah […]
86 / 100 Powered by Rank Math SEO Doa ini selalu menjadi wirid yang diamalkan dalam masyarakat kita. Ada yang jadikan sebagai wirid selepas solat, dalam tahlil pun ada, dalam ma'thurat pun ada. Jadi saya rasa doa minta maaf ini tidak asing dari pengetahuan kita. Apakah doa minta maaf itu? Firman Allah s.w.t; (... رَبَّنَا […]
88 / 100 Powered by Rank Math SEO Apakah doa terbaik itu? Allah s.w.t berfirman; "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Surah Al-Baqarah:201) Kebanyakan doa yang disebut di dalam al-Quran banyak bermula dengan bertawassul dengan kekuasaan Allah. Kerana dengan bertawassul itu adalah cara terbaik untuk […]