Buku Asas-Asas Berdakwah ke Jalan Allah ini merupakan cetakan terbaru daripada buku 'Qawaid al-Dakwah ila Allah S.W.T', serta merupakan penambahbaikan setelah lebih 15 tahun selepas penerbitan edisi pertama. Dalam edisi pertama, buku ini mengandungi 15 kaedah, manakala pada edisi terbaru ini terdapat penambahan sebanyak enam asas dakwah.
Asas-asas yang terdapat dalam buku ini akan menjelaskan mengenai pembentukan asas syariah kepada beberapa aspek amalan-amalan Islam. Contohnya, pembentukan asas kepada masyarakat yang sering memperkatakan mengenai pensyariatan, kesahihan dan juga sifat-sifat bagi amalan tersebut. Oleh yang demikian, asas-asas ini akan menjadi pendirian bagi menghadapi pelbagai fitnah. Selain itu, asas ini juga akan membantu menangani risiko pengasingan umat dikala umat memerlukan para mujahid yang menjalankan kerja-kerja dakwah.
Penambahan yang terdapat di dalam buku ini juga mengandungi dua asas utama yang berkaitan dengan kefahaman. Pertama, berkaitan dengan asas bagi suatu kefahaman beserta dengan kepentingan, displin-displin, rukun-rukun dan kesan-kesan kefahaman tersebut terhadap negara-negara Islam di seluruh dunia. Kedua asas tersebut akan membincangkan mengenai perbandingan antara kefahaman yang menjadi dasar dengan kefahaman yang wajib.
Reviews
There are no reviews yet