No products in the cart.

No products in the cart.

Pilih Kategori

Buku 8 Ciri Istimewa Islam ialah mengenai keistimewaan keistimewaan Islam. Buku ini menghuraikan secara menyeluruh ciri-ciri asas Deen (Agama) Islam, sesuai dengan martabatnya sebagai sistem dan tatacara hidup yang diwahyukan oleh Allah untuk manusia. Dipaparkan dalam buku ini khazanah Islam yang kaya dengan falsafah dan bidang-bidang prinsip hidup yang luas. Jelas dari buku ini Islam merupakan sistem hidup yang segar dan dinamis.

Buku ini menghuraikan lapan ciri-ciri khusus Islam; Rabbani, Syumul, Umum, Seimbang dan Sederhana, Tetap dan Anjal, Jelas, Ideal dan Realistik serta Balasan Dunia dan Akhirat. Dengan bahasa yang mudah dan ringkas buku ini menggaris keagungan Islam sebagai sistem hidup yang sempurna. la membekalkan kita dengan hujah-hujah yang padat dan bernas. Buku ini dapat menolong meyakinkan diri kita dan seterusnya ahli-ahli keluarga, masyarakat dan pimpinan kita mengenai keperluan menghayati Islam sepenuhnya.

8 Ciri Istimewa Islam - Alias Othman

RM20.00

310 in stock

310 in stock

Description

Isi Kandungan 8 Ciri Istimewa Islam

  1. Rabbani
  2. Syumul
  3. Umum
  4. Seimbang dan Sederhana
  5. Tetap dan Anjal
  6. Jelas
  7. Ideal dan Realistik
  8. Balasan Dunia dan Akhirat

 

Siapa Ustaz ALIAS BIN OTHMAN?

Beliau dilahirkan pada tanggal 30 Oktober 1942 di Kampung Gua Badak, Lenggong, Perak. Selepas pendidikan di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajarannya di peringkat Diploma dalam bidang Dakwah di Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri Kelantan dan meneruskan pengajiannya di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Syariah dan Undang-undang. Kemudian beliau medapat ljazah Sarjana di Universiti Al-Azhar dalam bidang Siyasah Syar'iyah.

Beliau pernah bertugas di JAKIM sebagai Pegawai Dakwah sebelum berkhidmat sebagai pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaya (UM). Beliau pernah dilantik sebagai Dekan dan setelah itu Timbalan Dekan Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM). Beliau juga pernah mendapat gelaran Prof Madya di Jabatan Siyasah Syar'iyah, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM). Beliau merupakan seorang tokoh pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat sama ada melalui kerjayanya sebagai pensyarah, penulisan buku dan penglibatan dalam pertubuhan dakwah selama lebih 40 tahun. Beliau pernah menjawat jawatan di peringkat kepimpinan dalam Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Additional information

ISBN

978-967-0965-00-0

Penulis

Ustaz Alias Othman

Penerbit

Risalah Harmoni Sdn Bhd

Tahun

2015

Halaman Muka Surat

176

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “8 Ciri Istimewa Islam - Alias Othman”
Utama
Kedai Buku
Track
Akaun

Hubungi Kami

C-01-05, Jalan Sri Kenari 12, Taman Seri Kenari, Sg. Chua, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Copyright 2020 © Risalah Harmoni Sdn Bhd
Proudly designed by overlord access. The best web designer
chevron-downmenu-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram