Doa Minta Maaf Dalam Al-Quran Yang Selalu Kita Abaikan

12 June 2020

Doa ini selalu menjadi wirid yang diamalkan dalam masyarakat kita. Ada yang jadikan sebagai wirid selepas solat, dalam tahlil pun ada, dalam ma'thurat pun ada. Jadi saya rasa doa minta maaf ini tidak asing dari pengetahuan kita.

Apakah doa minta maaf itu?

doa minta maaf
doa minta maaf yang diajarkan dalam Al-Quran

Firman Allah s.w.t;

(... رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَاۤ إِن نَّسِینَاۤ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ...)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah..." (Surah al-Baqarah: 286)

Allah s.w.t perintahkan kita untuk mengikut apa sahaja yang disyariatkanNya dan tinggalkan segala laranganNya. Ini disebut dalam bahagian awal ayat ini iaitu Allah tidak bebankan seseorang dengan sesuatu di luar kemampuannya.

Tetapi kadang-kadang, manusia ni faham-faham sahajalah, sangat sinonim dengan sikap lupanya. Dia tahu apa yang salah, apa yang Allah dah larang, tapi kerana sifat pelupa itu dia buat juga dosa itu.

mudah lupa

Kadang-kadang dia tahu jika dia buat suatu perkara tu dia akan dosa, dia tahu salah, tetapi kerana kelemahan diri dia, dia terbuat juga perkara itu. Kemudian dia rasa menyesal kerana ulang lagi perbuatan yang memang dia tahu Allah larang.

Kadang-kadang perkara jahat ni berlaku secara lintasan dalam hati. Bila tengok orang lebih sikit, terdetik dalam hati "dia ni hidup mewah, mesti ambil rasuah ni." Perkara ni kadang-kadang di luar kawalan seseorang dek kerana hati dah kotor maka datanglah lintasan hati yang jahat.

Tapi apa yang terlintas dalam hati tu tak keluar pun dari mulut dia, hanya dalam hati sahaja. Benda ni semua hakikatnya kita yang buat, baik dengan perbuatan atau lintasan dalam hati kita. Maka kita akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan kita.

Itulah hakikat manusia, sentiasa buat salah dan kadang-kadang lalai dari melaksanakan perintah, kadang-kadang dia tak mampu nak kawal diri sendiri. Manusia memang lemah. Walaupun begitu, seorang hamba tidak boleh beranggapan bahawa apabila dia sentiasa buat salah, maksiat, dosa dan sebagainya maka Allah tak pandang dah dia. Tidak boleh begitu!

Dalam satu ayat yang lain Allah s.w.t berfirman;

"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah az-Zumar: 53)

putus asa

Manakala dalam hadis-hadis banyak disebut tentang Allah bersedia untuk memaafkan hamba-hambaNya yang buat salah kemudian meminta maaf kepadaNya. Kerana sifatNya yang Maha Pengampun, Maha Penyayang, Allah ajarkan kepada kita doa untuk meminta ampun dan maaf kepadaNya dalam ayat terakhir surah al-Baqarah ini. Subhanallah.

Dalam satu hadis, selepas seorang hamba berdoa dengan doa ini Allah berkata, "Aku telah lakukan" yang bermaksud "Wahai hambaKu, apa yang kamu minta tu Aku tunaikan, Aku ampunkan silap kamu." Allahuakbar.

Syeikh Abdurrahman as-Sa'di kata, dalam ayat ini Allah sedang mendidik manusia tatacara berdoa dan betapa hebatnya kasih sayangNya pada kita. Doa minta maaf ini banyak mengajar kita sebagai manusia, makhluk ciptaanya yang mempunyai pelbagai kelemahan untuk sentiasa merendah diri di hadapan Allah. Mesti ada dalam jiwa kita sentiasa rasa mengharapkan Allah ampunkan segala salah silap kita

Jika kita tengok dari aspek bahasa doa minta maaf ini, kita sedang dididik lagi untuk merendah diri dan bertawassul dengan kekuasaan Allah. Makna tawassul telah saya kongsikan sebelum ini, perkataan Rabbana (Wahai Tuhan Kami) itu menunjukkan kita sedang rendah diri dan memperakui keagungan serta kekuasaanNya. Hanya Dia sahaja yang boleh tunaikan permintaan kita.

Allah s.w.t tidak menghukum orang yang lupa atau tersilap. Allah tidak membebankan seseorang dengan sesuatu diluar kemampuannya seperti lintasan dalam hati atau kerana dia terlupa atau tersilap.

Maka tidak wajar bagi seorang hamba yang sedar dia telah buat silap kemudian membiarkannya tanpa ada rasa bersalah dengan Allah. Bukan apa, risau sekiranya dibiarkan begitu sahaja nanti hati tertutup rapat dari menerima hidayah dari Allah.

Rasulullah bersabda, "Siapa yang membaca 2 ayat akhir dari surah al-Baqarah nescaya sudah memadai baginya. Sudah memadai itu maksudnya siapa yang membaca 2 ayat ini setiap malam sebelum tidur nescaya dia akan terjaga dari segala kejahatan dengan izin Allah s.w.t. Siapa yang membaca doa minta maaf ini maka dia berada dalam lindungan Allah s.w.t.

Wallahualam

Hakim Rasid

#QuranicSupplication

Admin RH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan buku terkini secara online!

Kedai buku Risalah Harmoni dibuka 24 / 7!
Pembelian melalui website.
Risalah Harmoni Sdn Bhd 2023
Terms & Conditions | Privacy Policy
Designed by My Class Marketing
Buku
Merchandise
Questions or Feedbacks?
We'd love to hear from you
Buku
Merchandise
Contact us through WhatsApp
Risalah Harmoni Sdn Bhd 2020. Terms & Conditions | Privacy Policy. Designed by overlord_access
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram