Oleh Dr. ʿAlī Muhammad al-Ṣallābī Diterjemah oleh UsTACZ
- Haji: Lambang Penghambaan Sejati
Ibadah haji menghimpunkan pengorbanan harta & tenaga — antara syiʿar terbesar Islam.
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin & manusia melainkan untuk menyembah-Ku…”
(الذاريات: ٥٦)
- Haji Nabi ﷺ: Sunnah Yang Dilakarkan Langsung
Nabi ﷺ keluar dari Madinah pada Zulkaedah tahun ke-10 Hijrah.
Tawaf, solat di Maqām Ibrāhīm, saʿi Ṣafā–Marwah, wukuf ʿArafah, khutbah agung, penyembelihan, lontaran jamrah — semuanya Baginda tunjuk secara praktikal.
“Ambillah manāsik haji kamu daripadaku…”
- Khutbah Arafah & Ayat Kesempurnaan Agama
Nabi ﷺ berkhutbah di ʿArafah:
- Pengharaman darah, harta & riba
- Hak wanita dalam pernikahan
- Ajaran al-Quran sebagai panduan utama
“Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu…”
(المائدة: ٣)
- Maqam Ibrahim: Simbol Tauhid & Sunnah
Selepas tawaf, Nabi ﷺ membaca:
”…Jadikanlah Maqam Ibrahim itu sebagai tempat solat…”
(البقرة: ١٢٥)
Nabi ﷺ solat dua rakaat di belakang Maqam — mengangkat nilai sejarah Nabi Ibrahim عليه السلام sebagai pelaksana perintah Allah.
- Hari-Hari Mina & Perjalanan Pulang
- Lontaran jamrah hari-hari Tasyriq
- Menyembelih 100 ekor unta (63 ekor dengan tangan Baginda sendiri)
- Tawaf Ifādah & Tawaf Wadaʿ
- Minum air Zamzam dari timba Bani ʿAbd al-Muṭṭalib
- Meneladani Haji Nabi ﷺ
Sebaik-baik haji ialah yang paling menepati sunnah.
Jika ada halangan, niat yang ikhlas tetap diberi pahala.
“Sesungguhnya di Madinah ada orang yang turut bersamamu…” (Sahih al-Bukhari)
🕌 Haji bukan sekadar ritual — ia warisan tauhid Nabi Ibrahim dan sunnah Nabi Muhammad ﷺ. Jadikan maqām ini titik tunduk & doa, bukan hanya laluan biasa.
Haji #TarbiyahHaji #UsTACZ #CelotehTarbawi

Risalah Harmoni




