"Kisah Yahya Sinwar: Dari Sasaran Drone ke Simbol Perjuangan Dunia"

10 June 2025
060084f9b0e764dc8ea46df36cb37a0b6712142c9b54f 1

Baru ni saya dijemput oleh pihak Perpustakaan Selangor untuk berkongsi tentang Urus Duit. Podcast bersama Guru Tadabbur alquran iaitu Ustaz Fazrul Ismail di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Guru ini memang gigih sampaikan pelbagai seminar bertemakan tadabbur alquran. Dan antara seminar signature beliau ialah "Build Your Legacy". Yang amat lah saya sarankan utk anda sertai.

Selesai saja podcast, kami di sapa oleh sahabat lama Ustaz iaitu Dr Ahmad Zainuddin. Kami berbual bicara dan beliau tunjukkan buku yang beliau terbitkan. Yang bertajuk "Antara Duri dan Bunga Cengkih"

Sejujurnya saya tidak dapat nak jangka buku ini tentang apa. Namun bila melihat design kulit buku, dan nama penulis. Saya terpana.

"Ehh bukan kah ini yg mati syahid?

Yang di hujung usia-nya walaupun cedera, tetap berjuang baling kayu pada camera dron?" tanya saya

Yaa! As Syahid Yahya Sinwar.

Beliau begitu "famous" setelah beliau meninggal dunia. Malahan betapa Allah Maha Mengatur, Allah juga yang approve kan drone pihak tentera lawan untuk menjejaki beliau. Merakam. Dan syahid. Dan rakaman video drone itu tersebar seluruh dunia! MasyaAllah. Boleh tonton di sini https://youtu.be/zYuHqBnCdrw?si=oVNN32T9Et6e2v-2

a5753b3d c491 41c0 bb9e 16034ac9a4ea 2

Dan kini. Buku yg beliau tulis di tangan saya. MasyaAllah Tabarakallah. Buku ini ditulis di dalam penjara. Di jaga rapi. Di pass around. Dialih bahasa. Diterbitkan. Hingga sampai kepada kita warga Malaysia. MasyaAllah.

Buku ini, bukan buku hiburan. Juga bukan buku ilmiah. Ia adalah umpama bingkisan diari. Kehidupan sebenar di bumi Palestin dari awal peperangan berpuluh tahun.

Ia sesuai untuk anda yg mencari fakta sejarah. Dan hanya Allah yg Maha Mengetahui sejarah sebenar. Dan saya teruja untuk baca, mencari mutiara mutiara indah.

Buku ini mengingatkan saya tentang wahyu Allah dalam surah Aal-e-Imran 3:169

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٰتَۢاۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

Malahan ada satu hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu

  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang dimanfaatkannya dan
  3. Anak soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapanya”

Menerima buku ini membuatkan saya muhasabah diri. Apa persiapan mati kita? Sudah ready untuk mati at anytime? Alhamdulillah kita masih hidup. Allah masih pinjamkan nyawa. Ayuh kita lakukan sesuatu.

Apa pendapat anda?

📦 Klik pautan untuk dapatkan naskhah anda:
🔗 https://risalahharmoni.com/kedai/palestin-bumi-sham/novel-antara-duri-dan-bunga-cengkih-as-syahid-yahya-sinwar-terjemahan-oleh-tajul-arifin-bin-che-zakaria/

🎁 Jadikan ia hadiah bermakna buat pencinta Palestin, pejuang dakwah, dan jiwa-jiwa yang sedang bangkit.

Sumber: Husna Haron (Facebook)

Risalah Harmoni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risalah Harmoni Sdn Bhd 2023
Terms & Conditions | Privacy Policy
Designed by My Class Marketing
Questions or Feedbacks?
We'd love to hear from you
Buku
Merchandise
Contact us through WhatsApp
Risalah Harmoni Sdn Bhd 2020. Terms & Conditions | Privacy Policy. Designed by overlord_access
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram