“Khusyuk Dalam Solat” (الصالة ىف اخلشوع) ini sebenarnya adalah judul asal yang Ustaz Tajul Ariffin Che Zakaria kekalkan daripada tulisan Dr. Muhammad bin LutfibinAbdulLatifbinUmarAs-Sobbagh, lahir pada tahun 1930 dan meninggal dunia pada tahun 2017, seorang ulamak terkenal daripada Damsyik, Syria. Beliau merupakan pensyarah Ulum Al-Quran dan Hadis, Fakulti Tarbiyah, Universiti Al-Malik As-Saud, Riyadh, Arab Saudi.
Isi kandungannya mudah difahami dan senang diikuti sebagai panduan bagi mereka yang berhajat untuk memperoleh khusyuk dalam solat. Khusyuk dalam solat rasanya manis dan merupakan nikmat yang termahal anugerah Allah SWT kepada seorang hamba dalam hidup ini. Kemanisannya tidak mampu diceritakan, hanya mereka yang khusyuk sahaja mengetahui kelazatannya. Sebenarnya Ustaz Tajul Ariffin merupakan orang yang paling berhajat kepada panduan ini.
Semoga manfaat daripada penulisan ringkas ini dapat disebarkan kepada sebanyak mungkin pembaca. Beliau (Ustaz Tajul Ariffin) berdoa semoga Allah SWT merahmati penulis asal buku ini dan mengurniakan ganjaran pahala berpanjangan kepadanya.
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW pemilik penghulu kepada umat terdahulu dan terkemudian serta Rasul kepada Tuhan sekalian alam. Allah SWT mengutuskannya sebagai rahmat kepada sekalian alam, maka Allah SWT telah memberi hidayah, mengeluarkan makhluk daripada kegelapan kepada cahaya, selawat dan salam juga atas keluarganya yang suci, para sahabatnya dan atas mereka yang menyeru dengan dakwahnya kepada sunnah sehingga hari kiamat.
Sesungguhnya banyak saudara dan anak mengadu bahawa mereka tidak khusyuk dalam solat, lintasan dunia menyerang mereka dalam solat sedang mereka berdiri di hadapan Allah (ketika solat). Mereka tidak menemui solusi tentang masalah itu. Mereka mengadu hal dalam situasi pilu dan sedih.
Ustaz Tajul Ariffin telah melihat banyak dalam kalangan manusia (umat Islam), bergerak dan bermain mencari sesuatu ketika mereka sedang solat. Sekiranya kamu mendatangi mereka dan memerhati keadaan mereka, tidak akan terlintas di fikiran kamu bahawa mereka sedang bersolat, tetapi mereka berterusan bergerak. Kadang-kadang mungkin mereka datang dalam keadaan yang tidak selayaknya bagi seseorang apabila datang berhadapan dengan orang berpangkat (pembesar) seperti membunyikan jari-jemari, menggigit kuku, melihat jam, membetulkan pakaian dan penutup kepala, berpaling (tanpa tujuan), sujud dan rukuk persis ayam mematuk padi.
Maka bertambah jelas bagi penulis (Ustaz Tajul Ariffin) betapa pentingnya penulisan tentang khusyuk dalam solat ini sesuai dengan prinsip Islam yang penting iaitu amar makruf dan nahi mungkar selari dengan sabda Nabi SAW:
“Agama itu merupakan nasihat. Kami bertanya (sahabat);untuk siapa wahai Rasulullah? Sabdanya: Bagi Allah, Kitab-Nya,Rasul-Nya dan para pemimpin kaum Muslimin dan bagi orang ramai.”1
Ustaz Tajul Ariffin telah menulis kata-kata ini, dengan harapan bahawa beliau sendiri akan mendapat manfaat daripadanya terlebih dahulu, dan akan memberi manfaat juga kepada mereka yang menatapnya daripada kaum Muslimin.
Alangkah baiknya jika semua orang yang melihat saudaranya yang sedang solat seperti disebutkan di atas, lantas terus menasihati dan mengingkari apa-apa yang dilakukannya dengan mengambil contoh daripada apa-apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW, baginda SAW bersabda kepada lelaki yang rosak solatnya:
“Ulangkan solatmu, kerana kamu belum bersolat (solatmu tidak sah).”2
Sesungguhnya berpesan-pesan berkenaan khusyuk dan mengajar para pemuda dan pemudi memeliharanya merupakan suatu perkara penting. Berpesan-pesan supaya khusyuk dalam solat termasuk dalam hal menyuruh yang makruf dan menegah daripada yang mungkar dan juga merupakan nasihat yang datang daripada ajaran Rasulullah SAW dalam hadis yang telah beliau nyatakan.
Demi Allah, penulis sendiri amat hairan kerana orang berilmu dan mempunyai kesedaran mendiamkan diri daripada perlakuan yang bertentangan ini.
Solat itu bukanlah suatu perkara main-main. Solat bukan pergerakan yang terpisah daripada kerohanian dan tadabbur. Solat merupakan munajat terhadap Allah SWT, Pencipta langit dan bumi, bersimpuh di hadapan-Nya. Sesiapa yang berusaha pasti akan merasai kemanisan apabila kekhusyukan diperolehnya, lalu berasa rehat dalamnya. Berasa bahagia pada kala berbicara dengan Tuhannya seraya mengetahui bahawa Allah Azzawajalla menjawab dan menyahut doanya.
Ibadah solat merupakan tiang agama dan merupakan salah satu rukun terpenting daripada rukun Islam. Solat juga merupakan tanda iman yang benar, berperanan sebagai batas pemisah antara kufur dan iman. Orang yang meninggalkan solat bakal menerima balasan dahsyat yang dikehendaki syariat sebagai penyucian di dunia dan di akhirat dan solat mencegah daripada perlakuan keji dan mungkar. Allah SWT telah berfirman:
“Dan diri kanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dan ketahuilah bahawa mengingati Allah itu lebih besar keutamaanya daripada ibadah yang lain. Allah mengetahui apa-apa yang kamu lakukan.”(Al-Ankabut:45)
Tujuan-tujuan solat tidak mungkin tercapai melainkan apabila memenuhi syarat khusyuk dan kehadiran hati. Rasulullah SAW memerintahkan kita membiasakan diri dan anak-anak kita seawal umur tujuh tahun dan kewajipan solat itu tidak gugur daripada orang mukallaf dalam apa-apa hal selagi mana akalnya sihat sehingga menemui ajal.
Allah SWT telah berfirman:
“Dan sembahlah Tuhannmu sehingga (ajal) datang kepadakamu.”(Al-Hijr:99)
Ibadah solat merupakan perhubungan antara seorang hamba dan Penciptanya. Solat itu bukan sekadar pergerakan dan lafaz yang kosong daripada roh dan kehadiran hati. Roh solat itu ialah khusyuk. Oleh hal yang demikian Allah menetapkan sifat orang berjaya bagi orang-orang beriman yang khusyuk dalam solatnya.
Allah SWT telah berfirman:
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Al-Mukminun:1-2)
Sesungguhnya kehidupan yang bersifat materialistik (kebendaan) menyerang dan mengawal pemikiran dan tingkah laku kita. Semua penyebab berpalingnya seseorang daripada fokus dalam solat dan lain-lain itu telah mendorong saya untuk menjelaskan kepentingan khusyuk dalam solat yang menolak kealpaan seraya mengingatkan kita tentang wasilah yang dapat membantu seseorang menghiaskan diri dengan sifat khusyuk.
Ibadah solat itu seumpama taman tempat seseorang itu menikmati kerehatan, ketenangan dan meredakan tarikan kebendaan seperti yang telah kami nyatakan di atas.
Ustaz Tajul Ariffin telah ditanya oleh banyak orang: “Bagaimanakahkamibolehmewujudkankhusyukdalamsolatkamidanmenghalangpenghalangnya?” Beliau akan berusaha untuk menjawab soalan ini melalui penulisan ringkas yang telah penulis tulis sendiri dan kemudianmenyerahkannya untuk cetakan kali pertama. Tidak lama kemudian, cetakan pertama pun telah kehabisan dan mendapat sambutan hangat.
Sebahagian daripada rakan beliau memberi cadangan supaya Ustaz Tajul Ariffin mencetaknya kembali, maka beliau menyemak kembali dan melakukan penambahbaikan supaya lebih sempurna insya-Allah.
Ustaz Tajul Ariffin mengkaji beberapa risalah yang membahaskan persoalan khusyuk dalam solat dan mendapatinya membawa kepada tujuan yang sangat penting. Moga Allah SWT membalas ganjaran pahala kepada penulis kami dengan sebaik-baik ganjaran. Namun demikian, beliau mendapati sebahagian daripada mereka hanya mengisi satu sahaja berkaitan solat dan tidak merawat khusyuk itu sendiri secara keseluruhan, hanya berlegar-legar sekitar tajuk fiqh.
Perbincangan berkenaan solat terlalu luas merangkumi pelbagai sudut. Kedudukan ibadah solat sangat tinggi di sisi agama Islam. Dalil tentang kefarduannya banyak, syarat-syarat, rukun-rukun, sunat, adab, pergerakan, makruh, batal, faedah dan hikmahnya banyak sekali. Perkara ini telah disentuh oleh kitab-kitab fiqh dengan mendalam, amat bermanfaat tetapi saya tidak akan mengulangnya di sini.
Ustaz Tajul Ariffin mendapati sebahagian daripada mereka berbicara dalam risalah ini tentang tajuk yang berkait dengan zuhud dan tafsir. Ketika mereka bebas daripada kekangan dalam mentafsir ayat daripada Kitab Yang Mulia (al-Quran), semua itu bermanfaat tetapi keperluan yang amat mendesak adalah tumpuan kepada tajuk khusyuk ini.
Oleh sebab itu, penulis telah mengehadkan kata-kata beliau berkaitan dengan khusyuk dan cara merealisasikannya. Sesungguhnya, penulis memohon kepada Allah SWT agar menjadikan buku ini bermanfaat kepada mereka yang membacanya. Ustaz Tajul Ariffin juga memohon kepada Allah agar mengampunkan kesilapan beliau, memaafkan kesalahan dan mematikan beliau dalam keadaan baik. Moga Allah merahmati ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya. Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam.





