Sale!

Umumnya Ramadan disambut dengan meriah di Malaysia. Masjid dan surau akan dibanjiri oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan jamaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau ceramah pendek atau tafsir pendek. Ini merupakan satu amalan yang baik kerana ia menepati maksud terawih yang membayangkan kerehatan dan kelapangan, bukan tergesa-gesa dan berebut-rebut. la juga akan menjadikan majlis solat terawih bukan sahaja sebagai satu medan untuk beribadat tetapi juga medan untuk berkongsi ilmu dan ingat memperingati.

Sesuai dengan firman Allah bermaksud:

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman.” (Surah az-Zariyat: 67)

“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran." (Surah al-Asr: 1 - 3)

Buku Mutiara Ramadhan ini salah satu usaha kerdil untuk memenuhi hasrat ini. Cebisan cebisan renungan ini cuba merangkumi pelbagai aspek dari penghayatan Ramadan. Seberapa daya, kami berusaha memastikan kenyataan yang dibuat disertakan dengan hujah dan dalil yang terbukti kuat dan dinyatakan sumbernya yang sah.

Di samping itu, risalah kecil ini juga boleh digunakan sebagai bahan tazkirah di dalam keluarga, misalnya dibaca bergilir-gilir oleh anggota keluarga sebelum saat berbuka puasa atau salepas solat maghrib.

Mutiara Ramadhan

RM6.40

258 in stock

258 in stock

Description

Isi Kandungan Mutiara Ramadhan

  1. Muqaddimah
  2. Pasang Niat untuk Timba Keberkatan Ramadan 2 Puasa Merintis Jalan Taqwa
  3. Sahur yang Penuh Berkat
  4. Solat Terawih dengan Iman dan Mengharap Keredaan Ilahi..
  5. Keistimewaan Orang Berpuasa
  6. Jaga Puasa Kita
  7. Bagaimana Meningkatkan Mutu Puasa
  8. Jaga Lisan
  9. Berlapar Mengingatkan Orang Susah
  10. Perpaduan Umat Lebih Penting daripada Perbezaan Kecil Hukum Fekah
  11. Senarai Semak Sepertiga Pertama
  12. Masa untuk Mengingati Saudara Kita di Tempat Lain
  13. Mari Kita Berbuat Sesuatu untuk Palestin
  14. Tanah Air Islam dijajah Lagi
  15. Masa untuk Meningkatkan Sedekah, Sumbangan dan Derma
  16. Ramadan Bulan al-Quran
  17. Petua Berkomunikasi dengan al-Quran
  18. Wahyu Tuhan Amat Berharga
  19. Iqra' yang Mengubah Tamadun Manusia
  20. Perang Badar Titik Tolak Penting Sejarah Islam
  21. Keistimewaan Kedudukan Ahli Badar 22 Memasuki Fasa Ketiga
  22. Luasnya Ruang Lingkup Sejadah
  23. Berlaku Adil Juga Sedekah
  24. Puasa dan Hudud
  25. Kelebihan 10 Malam Terakhir
  26. Manfaatkan Hari-hari Terakhir Ramadan Sebaik-baiknya
  27. Perbanyakkan Doa
  28. Puasa Mengajar Menghargai Masa
  29. Di Ambang Aidilfitri
  30. Lampiran Doa

Additional information

Weight 0.1 kg
ISBN

978-967-13358-3-3

Penulis

Dr Omar Yaakob

Penerbit

Risalah Harmoni Sdn Bhd

Tahun

2015

Halaman Muka Surat

90

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
Mutiara Ramadhan Mutiara Ramadhan
Rating*
0/5
* Rating is required
Your review
* Review is required
Name
* Name is required
Add photos or video to your review
Utama
Kedai Buku
Track
Akaun
Copyright 2023 © Risalah Harmoni Sdn Bhd
Proudly designed by My Class Marketing. The best web designer
chevron-downmenu-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram