Additional information
ISBN | 978-967-0965-49-9 |
---|---|
Penerbit | Risalah Harmoni Sdn Bhd |
Penyusun | As-Syahid Imam Hassan Al-Banna |
Tahun | 2023 |
Dengan nama Allah Lagi Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya, buku al-Mathurat ini dapat diterbitkan.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan penerbitannya, terutama sekali penghargaan saya kepada penyumbang buku ini, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Jazahullahu khairal jaza’
Al-Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW. Ianya dikumpul dan disusun oleh al Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Individu yang mengamalkan pembacaan al-Mathurat ini akan beroleh banyak ganjaran dan manfaatnya. Membacanya di waktu pagi, akan dipelihara Allah SWT hingga ke petang dan membacanya di waktu petang, akan dipelihara Allah SWT hingga ke waktu pagi keesokan harinya. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dari sudut zikir dan berdoa serta pelbagai lagi kelebihannya.
Akhir kata, semoga Allah SWT merahmati dan memberkati hidup kita semua – amiin ya Rabbal a’lamiin.
Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha ini, saya ucapkan Jazakumullahu khairal jaza’
Profesor Dr Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia
ISBN | 978-967-0965-49-9 |
---|---|
Penerbit | Risalah Harmoni Sdn Bhd |
Penyusun | As-Syahid Imam Hassan Al-Banna |
Tahun | 2023 |
Reviews
There are no reviews yet