Buku ini adalah merupakan siri kedua kepada buku bertajuk Syuhada Di Bumi Barakah Al-Quds yang merupakan himpunan biodata para syuhada yang berjuang untuk pembebasan Al-Quds. Siri kedua ini memaparkan seramai 15 orang syuhada yang merupakan pemimpin dalam Gerakan Hamas dan Briged Izzuddin Al-Qassam yang telah gugur sehingga mutakhir ini. Para syuhada ini mempunyai latar belakang yang pelbagai seperti pensyarah universiti, jurutera, ulama dan usahawan, tetapi mereka mempunyai satu titik persamaan dalam perjuangan mereka, iaitu menjadikan keimanan yang kuat dan akhlak Islam yang kukuh sebagai titik tolak perjuangan mereka.

Buku ini dimulakan dengan penceritaan mengenai Syeikh Muhammad Farghali yang merupakan seorang pendakwah dari Mesir yang telah berjihad di Palestin dalam Perang 1948. Beliau dipaparkan dalam buku ini kerana beliau menjadi mata rantai kepada penglibatan Ikhwanul Muslimin dalam jihad di Palestin. Ini diikuti dengan ulama mujahid seperti Dr. Abdullah Azzam dan Dr. Nizar Rayyan yang rela meninggalkan kesenangan dunia yang mampu mereka miliki demi sebuah perjuangan jihad untuk pembebasan Al-Quds

Beberapa orang jurutera yang merupakan pakar pembuatan roket, pembinaan terowong dan penyumbang kepada pembangunan persenjataan Briged Al-Qassam seperti Muhyiddin Al-Sharif, Imad Aqel, Muhannad Al-Tahir, Nidhal Farhat, Adnan Al-Ghoul dan Raed Al-Attar juga disebutkan dalam siri ini. Dengan kesungguhan dan kecekalan mereka, paru jurutera ini telah berjaya membangunkan industri senjata untuk Briged Al-Qassam. Nama-nama hebat di dalam Hamas seperti Saced Siyam, Saleh Al-Arouri, Muhammad Al-Deif, Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar turut diabadikan dalam buku ini untuk dijadikan qudwah kepada mereka yang cintakan Al-Quds.

Semoga buku ini mampu meniupkan semangat mereka yang ingin melihat pembebasan Al-Quds dan terus menjadi di antara yang turut menyumbang ke arah itu.

Syuhada di Bumi Barakah Al-Quds Siri 2

RM35.00

5 in stock

5 in stock

Additional information

ISBN

9789670067360

Penulis

Abu Al-Abrar

Penerbit

ILHAM Books

Tahun

2025

Halaman Muka Surat

264

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
Currently, we are not accepting new reviews
Utama
Kedai Buku
Track
Akaun
Copyright 2023 © Risalah Harmoni Sdn Bhd
Proudly designed by My Class Marketing. The best web designer
chevron-downmenu-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram