Sale!

Syuhada’ Di Bumi Barakah Al-Quds adalah siri pertama kompilasi para syuhada yang telah menggadaikan jiwa dan harta mereka bagi membebaskan bumi barakah Palestin. Semua para syuhada ini adalah merupakan para pimpinan dalam Hamas dan Briged Izzudin Al-Qassam. Walau bagaimanapun buku ini dimulakan dengan tokoh syuhada yang pertama yang telah meletakkan batu asas yang utuh untuk para mujahidin selepas beliau iaitu Syeikh Izzuddin Al-Qassam. Tokoh pertama ini telah membuka lembaran baru dalam penentangan terhadap penjajahan Zionis dengan meletakkan asas keimanan dan akhlak Islam dalam perjuangan mereka.

Ini diikuti dengan tokoh-tokoh lain seperti Syeikh Ahmad Yasin dan Dr Abdul Aziz Al-Rantisi yang telah mengasaskan Hamas, Yahya Ayyash the Engineer yang merupakan pakar persenjataan Briged Al-Qassam, Syeikh Salah Shehada yang menjadi pemimpin pertama Briged Izzuddin Al-Qassam, pakar persenjataan yang lain seperti Mahmud Abu Hanoud, Saad Al-Arabid dan Tito Masoud, pakar media seperti Rami Khader Saad, Dr Ibrahim Al-Maqadmeh yang merupakan seorang intelektual dan pakar diplomasi Hamas, tiga bersaudara dari keluarga Abu Hain (Mahmud, Yusuf dan Aiman) dan Ismail Abu Shanab yang merupakan orang nombor tiga dalam Hamas. Apa yang kita boleh simpulkan ialah mereka semua merupakan individu-individu yang amat cemerlang dalam aspek kehidupan mereka dan kemudian dalam jihad mereka. Kecemerlangan mereka inilah yang menyebabkan mereka berjaya menggegarkan entiti Zionis yang kemudian membuat perancangan rapi untuk menghapuskan para mujahidin ini.

Semoga buku ini menjadi pembakar semangat untuk para pencinta bumi barakah Palestin dan menjadikan mereka lebih memahami perjuangan yang telah diwarisi sejak beberapa generasi ini.

Syuhada di Bumi Barakah Al-Quds

RM31.50

4 in stock

4 in stock

Additional information

ISBN

9789670067230

Penulis

Abu Al-Abrar

Penerbit

ILHAM Books

Tahun

2024

Halaman Muka Surat

200

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
Currently, we are not accepting new reviews
Utama
Kedai Buku
Track
Akaun
Copyright 2023 © Risalah Harmoni Sdn Bhd
Proudly designed by My Class Marketing. The best web designer
chevron-downmenu-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram