eBook Tafsir Al-Hujurat ini disediakan untuk dimuat turun dan dibaca dalam format PDF tanpa sebarang bayaran tetap. Untuk makluman, eBook ini turut dijual di kedai buku dalam talian Risalah Harmoni pada harga RM7.00 senaskhah. Pembelian boleh dibuat melalui website www.risalahharmoni.com. Walau bagaimanapun, para pembaca dipohon untuk menyalurkan sumbangan infaq sebagai tanda sokongan terhadap usaha penyediaan dan penyebaran bahan ilmiah ini.
Sehubungan itu, sekiranya pihak tuan/puan memuat turun, menyimpan, mencetak atau menjadikannya sebagai bahan rujukan, amatlah dihargai sekiranya sumbangan seikhlas hati dapat disalurkan melalui akaun Maybank yang disediakan.
Maybank RISALAH HARMONI SDN BHD
No. Akaun: 562 209 632 060
Rujukan Sumbangan: UMD
………..
Tafsir Al-Hujurat ini telah diterjemah oleh Ustazah Maznah Daud berdasarkan Mukhtasor Tafsir Ibn Kathir, Ikhtisor wa Tahqiq Muhammad Ali Al-Sobuni Dar Al-Qalam, Beirut, Cetakan ke-5.
Surah al-Hujurat ialah satu daripada surah Madaniyyah. Surah ini boleh dikatakan sebagai surah tiga serangkai bersama dengan surah Muhammad dan surah Al-Fath.
Fokus utama ketiga-tiga surah ini berkisarkan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah, iaitu seruan supaya beriman kepadanya, mentaatinya, dan beradab dengannya.
Dalam surah Muhammad yang mengandungi 38 ayat, banyak memperkatakan syarat amalan diterima dan ditolak . Penerimaan dan penolakan amalan seseorang dikaitkan dengan ketaatan dan keingkaran kepada baginda.
Maka pengajaran yang dapat disimpulkan daripada surah Muhammad adalah jikalau kita taat kepada Nabi Muhammad SAW , amalan kita diterima. Jikalau kita ingkar kepadanya, amalan kita tertolak.
Surah al-Fath menjelaskan ciri-ciri yang ada pada pengikut Nabi SAW.
Surah al-Hujurat mengajar adab dan etika yang wajib dipatuhi oleh pengikut Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan kemenangan dan bakal menerajui kepimpinan manusia sejagat.
Adab-adab serta panduan hidup yang ditekankan dalam surah ini ialah:
- Adab dengan hukum yang disyariatkan oleh Allah (Ayat 1)
- Adab terhadap Rasulullah SAW (Ayat 1 hingga 5 serta 7)
- Adab menerima berita (Ayat 6 hingga 8)
- Kewajipan mendamaikan puak-puak yang bermusuhan (Ayat 9)
- Hubungan persaudaraan sesama Mukminin (Ayat 10)
- Hubungan kemasyarakatan (Ayat 11 dan 12)
- Hubungan sesama manusia seluruh dunia (Ayat 13)
- Hakikat iman dan Islam (Ayat 14 dan 15)
- Adab berinteraksi terhadap Allah SWT (Ayat 16 hingga 18)
2 reviews for eBook Tafsir Al-Hujurat - Terjemahan & Ulasan Ustazah Maznah Daud