Additional information
| Penulis | Pak Utih, Ustaz Zainal Abidin Abdul Rahim |
|---|---|
| Halaman Muka Surat | 161 |

Di sebalik kesibukan mengejar kejayaan dunia, pernahkah kita bertanya apakah tujuan sebenar kehidupan dan mengapa Allah SWT memilih sebahagian hamba-Nya untuk berada di jalan dakwah? eBook Nikmat Dakwah dan Tujuan Hidup mengajak pembaca menghayati bahawa dakwah bukan satu beban, tetapi sebuah nikmat dan anugerah daripada Allah SWT. Melalui kupasan yang menyentuh hati.
eBook ini membimbing pembaca memahami hakikat hidayah, tujuan hidup manusia, budaya hidup Islam, kepentingan tarbiah, tanggungjawab seorang pendakwah serta hubungan seorang hamba dengan Penciptanya. Kandungannya sesuai dijadikan bahan bacaan individu, usrah, halaqah dan pengisian program tarbiah.
eBook ini ditulis oleh Ustaz Zainal Abidin bin Abdul Rahim, seorang pendakwah dan tenaga pengajar Islam yang aktif menyampaikan kuliah serta program tarbiah di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Malaysia. Beliau merupakan anak kelahiran Terengganu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Al-Amin Kemaman dan Sekolah Menengah Islam Hidayah, Skudai, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Al-Iman, Yemen serta memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pendekatan beliau menekankan pembinaan jiwa, kefahaman Islam yang sahih serta hubungan hati dengan Allah SWT.
Miliki eBook Nikmat Dakwah dan Tujuan Hidup hari ini dan jadikan setiap helaian sebagai bekalan untuk memperkukuhkan iman, menyuburkan semangat dakwah dan melangkah menuju kehidupan yang diredai Allah SWT.
| Penulis | Pak Utih, Ustaz Zainal Abidin Abdul Rahim |
|---|---|
| Halaman Muka Surat | 161 |
Reviews
There are no reviews yet.