Additional information
| Penulis | Pak Utih |
|---|---|
| Halaman Muka Surat | 145 |

Seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membentuk jiwa, menanam iman dan membimbing manusia menuju syurga. Jom Jadi Ejen Syurga mengajak para pendidik, ibu bapa dan pencinta ilmu memahami bahawa tugas mendidik adalah satu amanah besar yang diwarisi daripada para nabi. Matlamat pendidikan Islam bukan untuk menjadikan murid mengagumi guru, tetapi agar mereka semakin mengenali dan mencintai Allah.
Melalui tadabbur ayat-ayat al-Quran, eBook ini mengupas peranan guru sebagai pendakwah, pembimbing dan teladan. Pembaca akan dibawa memahami bahawa dakwah bukan hanya melalui ceramah, tetapi juga melalui akhlak, kesabaran, doa, keikhlasan dan contoh kehidupan seharian. Buku ini turut menghuraikan ciri-ciri pendidik yang ikhlas, kepentingan beramal soleh sebelum menasihati orang lain, sifat tawaduk serta bagaimana membina generasi yang bukan sahaja cemerlang di dunia, malah menjadi penghuni syurga.
eBook ini merupakan hasil nukilan Ahmad Shafiai bin Uda Jafar (Pak Utih), seorang pendidik, penasihat bebas dan penulis yang aktif menyampaikan dakwah melalui pendekatan Asas Islam Rahmah. Dengan pengalaman luas dalam pembangunan insan, pendidikan dan kekeluargaan. Beliau menghasilkan karya yang mudah difahami dekat dengan realiti kehidupan serta berpaksikan al-Quran dan sunnah.
Jom Jadi Ejen Syurga sesuai dimiliki oleh guru, pensyarah, ibu bapa, pendakwah dan sesiapa sahaja yang ingin menjadikan setiap ilmu, kata-kata dan amalan sebagai saham akhirat. Jadilah insan yang bukan sekadar mengajar, tetapi mengajak manusia mengenal Allah dan bersama-sama melangkah menuju syurga.
Reviews
There are no reviews yet.