Additional information
| Penulis | Pak Utih |
|---|---|
| Kata Pengantar | Dr. Hjh Safura |
| Tahun | 2026 |
| Halaman Muka Surat | 55 |

Mengapa ramai wanita hari ini mudah hilang keyakinan diri apabila ditolak, tidak dipilih atau dibandingkan dengan orang lain? Cahaya Harga Diri membawa anda kembali kepada jawapan yang sebenar melalui tadabbur Surah An-Nur. EBook ini mengajak Muslimah memahami bahawa nilai diri bukan diukur melalui perhatian manusia, status, jodoh atau media sosial, tetapi melalui ketaatan kepada Allah, penjagaan maruah dan cahaya iman dalam hati.
Di dalam eBook ini, anda akan mengikuti perbincangan yang menyentuh pembinaan maruah, ketahanan menghadapi fitnah, adab interaksi sosial, konsep jodoh dan tawakal. Ayat Cahaya (An-Nur:35) serta ciri-ciri Muslimah yang diredai Allah. Setiap bab disertakan dengan refleksi yang membantu pembaca bermuhasabah dan membina harga diri yang teguh berasaskan wahyu.
Ditulis oleh Ahmad Shafiai bin Uda Jafar (Pak Utih), seorang pendidik, penasihat bebas dan penulis yang aktif menyampaikan dakwah melalui pendekatan Asas Islam Rahmah. Berbekalkan pengalaman luas dalam pembangunan insan, kekeluargaan dan latihan, Pak Utih menyampaikan mesej yang mudah difahami, dekat dengan realiti kehidupan dan sarat dengan nilai al-Quran.
Jika anda sedang mencari ketenangan, ingin membina keyakinan diri yang sebenar atau mahu melihat diri melalui pandangan Allah. Cahaya Harga Diri ialah bacaan yang mampu menjadi teman perjalanan menuju jiwa yang lebih tenang, bermaruah dan bercahaya.
| Penulis | Pak Utih |
|---|---|
| Kata Pengantar | Dr. Hjh Safura |
| Tahun | 2026 |
| Halaman Muka Surat | 55 |
Reviews
There are no reviews yet.