Sale!

Kemunculan ISIS yang tiba-tiba mampu menggugat lawan seolah-olah memberi harapan baru kepada umat sebagai pembela dan penyelamat. Namun kita bimbang tertipu lagi dengan musang bertopengkan ayam. Umat Islam pernah tertipu dengan berkiblatkan Khomeini dan Iran, menobatkan Osama dan Saddam.

Sokongan diberi bukan kerana kita mengenal siapa mereka, tetapi kerana mereka berani mengangkat muka menentang musuh Islam, maka merekalah hero kita. Kita tidak mahu masuk lubang biawak sekali lagi. dengan kesedaran inilah, Ar Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf, seorang arkitek lulusan School of Architecture, University of Sheffield dan pengasas kepada sebuah firma arkiteknya sendiri ini, cuba membuka topeng ISIS untuk para pembaca dengan menjawab 10 dakwaan yang biasa dijadikan hujah oleh mereka yang kurang faham, atau mereka yang berkepentingan.

Penulis yang aktif dalam isu kemanusiaan Palestin sejak lebih 10 tahun ini, menjawab 10 salah faham ini dengan dengan ringkas tapi padat berpandukan kepada kenyataan rasmi dari Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Persatuan Ulama’ Syria, Persatuan Ulama’ Iraq seperti dalam Salah Faham nombor 1 dan 5.

Dalam salah faham nombor 8 pula, penulis menjelaskan kembali pembahasan ulama’ berkaitan hadith Rasulullah S.A.W mengenai Pejuang Panji-Panji Hitam yang dijanjikan akan muncul sebelum hari kiamat. Dalam menjawab salah faham yang berlaku penulis membuat para pembaca menggabungkan antara penggunakan lojik akal yang waras dalam memahami isu ini dengan dipandu oleh fakta dari sumber laporan media antarabangsa seperti Wall Street Journal, Human Right Watch, Amnesty International.

10 Salah Faham Terhadap ISIS

RM4.00

10 in stock

10 in stock

Additional information

Weight 0.2 kg
Penerbit

Risalah Harmoni Sdn Bhd

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
10 Salah Faham Terhadap ISIS 10 Salah Faham Terhadap ISIS
Rating*
0/5
* Rating is required
Your review
* Review is required
Name
* Name is required
Add photos or video to your review
Utama
Kedai Buku
Track
Akaun
Copyright 2023 © Risalah Harmoni Sdn Bhd
Proudly designed by My Class Marketing. The best web designer
chevron-downmenu-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram