Sale!

Tafsir Al-Hujurat ini telah diterjemah oleh Ustazah Maznah Daud berdasarkan Mukhtasor Tafsir Ibn Kathir, Ikhtisor wa Tahqiq Muhammad Ali Al-Sobuni Dar Al-Qalam, Beirut, Cetakan ke-5.

Surah al-Hujurat ialah satu daripada surah Madaniyyah. Surah ini boleh dikatakan sebagai surah tiga serangkai bersama dengan surah Muhammad dan surah Al-Fath.

Fokus utama ketiga-tiga surah ini  berkisarkan Nabi  Muhammad SAW sebagai utusan Allah, iaitu seruan supaya beriman kepadanya,  mentaatinya, dan beradab dengannya.

Dalam surah Muhammad yang mengandungi 38 ayat, banyak memperkatakan syarat amalan diterima dan ditolak . Penerimaan dan penolakan amalan seseorang dikaitkan dengan ketaatan dan keingkaran kepada baginda.

Maka pengajaran yang dapat disimpulkan daripada surah Muhammad adalah jikalau kita taat kepada Nabi Muhammad SAW , amalan kita diterima.Jikalau kita ingkar kepadanya, amalan kita tertolak.

Surah al-Fath menjelaskan ciri-ciri yang ada  pada pengikut Nabi SAW.

Surah al-Hujurat mengajar adab dan etika yang wajib dipatuhi oleh pengikut Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan kemenangan dan bakal menerajui kepimpinan manusia sejagat.

Adab-adab serta panduan hidup yang ditekankan dalam surah ini ialah:

  1. Adab dengan hukum yang disyariatkan oleh Allah. (ayat 1)
  2. Adab terhadap Rasulullah SAW .(ayat 1 hingga 5 serta 7)
  3. Adab menerima berita.(ayat 6 hingga 8)
  4. Kewajipan mendamaikan puak-puak yang bermusuhan .(ayat 9)
  5. Hubungan persaudaraan sesama Mukminin . (ayat 10)
  6. Hubungan kemasyarakatan . (ayat 11 dan 12)
  7. Hubungan sesama manusia seluruh dunia. (ayat 13)
  8. Hakikat iman dan Islam  (ayat 14 dan 15)
  9. Adab berinteraksi terhadap Allah SWT .(ayat 16 hingga 18)

eBook Tafsir Al-Hujurat - Terjemahan & Ulasan Ustazah Maznah Daud

RM5.95

Additional information

Penerbit

Risalah Harmoni Sdn Bhd

Penterjemah

Ustazah Maznah Daud

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
eBook Tafsir Al-Hujurat - Terjemahan & Ulasan Ustazah Maznah Daud eBook Tafsir Al-Hujurat - Terjemahan & Ulasan Ustazah Maznah Daud
Rating*
0/5
* Rating is required
Your review
* Review is required
Name
* Name is required
Add photos or video to your review
Utama
Kedai Buku
Track
Akaun
Copyright 2023 © Risalah Harmoni Sdn Bhd
Proudly designed by My Class Marketing. The best web designer
chevron-downmenu-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram