Subtotal: RM12.00

View cartCheckout

Subtotal: RM12.00

View cartCheckout

Pilih Kategori

Cerita-cerita para sahabat berukhuwwah umpama kisah dari langit yang begitu ideal untuk dapat dilihat pada masa kini. Apakah cerita-cerita sebegini mustahil berulang pada zaman serba moden ini? Buku ini merungkai tentang ukhuwwah, keutamaan, rahsia dan jalan untuk mendapatkan hidup berukhuwwah persis seperti para sahabat Rasulullah saw.

Ukhuwah Fillah

RM6.00

361 in stock

361 in stock

Description

PRAKATA PENERBIT

Kita semua ada kawan, sahabat, saudara atau (bahasa tarbiahnya) ikhwah/akhwat. Kesemua istilah tersebut mungkin berbeza penggunaannya untuk menunjukkan kadar kemesraan antara kita dan mereka.

Namun satu perkara penting - saya kira - yang perlu kita perhatikan seawal mungkin hubungan itu ialah apa punca dan permulaannya.

Ada yang bermula di peringkat umur kehidupan: kawan sepermainan di waktu kecil, sekolah rendah, sekolah menengah, di institut pengajian tinggi dan ketika bekerja.

Ada yang bermula di tempat; padang bola, chatting di internet, disko (wal ‘iyazibilah) ataupun masjid.

Ada yang mula bertemu kerana hobi; mengumpul stem, hiking, bercucuk tanam, kereta, mahupun usrah

Seribu satu sebab dan punca.

Semoga permulaan yang baik itu adalah sebahagian tanda bagi pengakhiran yang baik. Namun begitu, jika ditakdirkan permulaan perkenalan itu dalam suasana yang tidak baik (baca soleh), perlu kita usahakan agar ianya segera kita ubah agar ia menjadi semakin baik dari masa ke masa.

Semoga hubungan tersebut asasnya adalah untuk mendekatkan diri kita bersama kepada Allah swt, membantu kita untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah swt dan memudahkan keistiqamahan kita untuk terus mendekatkan diri kita kepada Allah swt.


Berbahagialah orang-orang yang seawal perkenalannya dalam keadaan soleh (biah solehah). Namun jangan lalai dan leka, sehingga nikmat tersebut bertukar menjadi suatu yang menjauhkan diri dari Allah swt.

Segeralah insaf dan berusaha berubah, bagi orang-orang yang seawal perkenalannya dalam keadaan tidak soleh. Rahmat dan Kasih Sayang Allah swt melebihi dari segala-galanya di atas dunia ini. Masih ada ruang dan peluang untuk kita mendapatkan Rahmat dan Kasih Sayang Allah swt.

 

Additional information

Weight 0.09 kg
Dimensions 1.2 × 18.8 × 13.7 cm
ISBN

978-967-14717-2-2

Halaman Muka Surat

63

Penulis

Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib

Penterjemah

Mohammad Aatdiff bin Ahmat

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ukhuwah Fillah”
Utama
Kedai Buku
Track
Akaun

Hubungi Kami

C-01-05, Jalan Sri Kenari 12, Taman Seri Kenari, Sg. Chua, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Copyright 2020 © Risalah Harmoni Sdn Bhd
Proudly designed by overlord access. The best web designer
chevron-downmenu-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram