Sebut sahaja Palestin, umum akan maklum akan penderitaan dan liku-liku perjuangan yang dilalui warganya sejak Zionis bertapak rasmi pada tahun 1948 di tanah ar-Ribath itu. Tahun demi tahun, isu Palestin telah memasyarakat. Jika dahulu, hanya mereka yang mempunyai daya akses yang baik terhadap wacana global sahaja yang mampu berbicara soal Palestin, kini seluruh strata masyarakat memperjuangkannya. Bahkan ia telah merentas bangsa, budaya dan agama. Pelbagai makalah ditulis, seminar dan kursus dianjur bertemakan perjuangan Palestin, bahkan Palestin adalah menjadi penting untuk mana-mana medium yang komersial seperti akhbar, siaran televisyen dan majalah.
Reviews
There are no reviews yet