Dunia hari ini berubah begitu pantas. Teknologi berkembang, media sosial mempengaruhi cara kita berfikir, materialisme mengubah ukuran kejayaan, manakala keresahan dan kekeliruan semakin menguji jiwa. Dalam keadaan ini, apakah yang boleh menjadi panduan agar kita tidak kehilangan arah?
eBook “Muslim Dalam Dunia Yang Mencabar: Iman Sebagai Kompas Kehidupan” mengajak pembaca memahami peranan iman sebagai kompas dalam menghadapi cabaran kehidupan moden. Perbincangannya merangkumi Islam, iman dan ihsan, enam Rukun Iman, akhlak, cabaran pemikiran, teknologi, materialisme serta cabaran jiwa.
Menariknya, eBook ini turut mengetengahkan situasi kehidupan Gen Z serta soalan muhasabah yang membantu pembaca menilai kembali hubungan iman dengan kehidupan seharian.
Ustaz Hj. Tajul Arifin bin Che Zakaria (UsTACZ) merupakan Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia. Beliau berkelulusan BA (Hons) dari Universiti Al-Azhar, Cairo dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di KUSZA (kini UNISZA). Beliau aktif dalam bidang dakwah, penulisan, ceramah serta media sosial.
Reviews
There are no reviews yet.