[wcas-search-form]

Pernahkah anda terluka kerana ghosting, hubungan yang tidak jelas atau terlalu berharap kepada seseorang yang akhirnya pergi tanpa penjelasan? Cinta Terpadam di Hujung Jari membawa kisah Emyra, seorang wanita yang berjaya dalam kerjaya tetapi bergelut dengan tekanan masyarakat, media sosial dan pencarian cinta di dunia digital.

Melalui jalan cerita yang dekat dengan realiti kehidupan. eBook ini mengupas isu seperti FOMO, dating apps, ghosting, red flags, gaslighting dan pencarian jodoh yang sering menguji emosi anak muda hari ini. Lebih daripada sekadar kisah cinta, buku ini mengajak pembaca memahami bahawa kebahagiaan sebenar bukan bermula dengan perhatian manusia tetapi dengan hubungan yang semakin dekat kepada Allah. Setiap bab sarat dengan pengajaran, refleksi dan motivasi untuk membina harga diri, menjaga maruah serta memilih pasangan berdasarkan iman dan tanggungjawab bukan sekadar kata-kata manis.

eBook ini merupakan nukilan Ahmad Shafiai bin Uda Jafar (Pak Utih), seorang pendidik, penasihat bebas dan penulis yang aktif membimbing masyarakat melalui pendekatan tadabbur al-Quran, dakwah beradab dan kefahaman realiti semasa. Berbekalkan pengalaman luas dalam pembangunan insan, kekeluargaan dan hasil kompilasi kisah sebenar daripada pengikut Tanya Pak Utih. Beliau menghasilkan karya yang menyentuh hati, relevan dan penuh hikmah.

Cinta Terpadam di Hujung Jari sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang sedang menanti jodoh, pulih daripada luka hubungan atau ingin belajar bahawa cinta yang paling indah bermula apabila hati kembali berpaut kepada Allah.

eBook Cinta Terpadam Di Hujung Jari - Pak Utih

RM0.00

999 in stock

999 in stock

Additional information

Penulis

Pak Utih

Halaman Muka Surat

47

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “eBook Cinta Terpadam Di Hujung Jari - Pak Utih”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Utama
Kedai Buku
Track
Akaun
Copyright 2023 © Risalah Harmoni Sdn Bhd
Proudly designed by My Class Marketing. The best web designer
chevron-downmenu-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram