"Buku ini bukan sekadar sebuah lagi buku mengenai kepimpinan. Sebaliknya, ia adalah kajian mendalam mengenai kepimpinan strategik yang dilakukan dengan meneliti kehidupan pemimpin teragung yang pernah hidup, Muhammad s.a.w. Dr. Rozhan Othman telah menggabungkan kajian terperinci sirah Rasulullah s.a.w. dengan kajian yang mendalam mengenai ilmu kepimpinan terkini dengan mantap. Sungguh cemerlang."

Dr. Tareq Al Suwaidan, Pendakwah terkenal dan pakar kepimpinan serta pengkaji sejarah

"Buku Dr. Rozhan Othman, Kepimpinan Strategik Muhammad s.a.w., memberikan satu analisis unik mengenai kepimpinan Rasulullah s.a.w. la memberi penumpuan kepada cara dia mengurus dan memimpin gerakannya dengan meneliti beberapa peristiwa genting dalam sirah. Buku ini menerangkan bagaimana kejayaan jangka panjang dihasilkan melalui perancangan yang teliti. la menghuraikan bagaimana Rasulullah s.a.w. menggunakan pandangan jauh strategik dan kecekapan mengurus manusia dalam mengatasi cabaran-cabaran yang kompleks.

Karya ini berbeza dari karya-karya lain mengenai kepimpinan dalam Islam kerana keupayaannya memberi kefahaman yang praktikal mengenai kemahiran kepimpinan Rasulullah s.a.w. la tidak terhad kepada membincangkan mengenai akhlak pemimpin sahaja. Ia memberi banyak pengajaran penting mengenai kepimpinan kepada pemimpin-pemimpin moden dan merupakan bahan bacaan wajib untuk mereka yang ingin menggunakan prinsip-prinsip kepimpinan Rasulullah s.a.w. dalam konteks masa kini."

Professor Noureddine Melikechi, University of Massachusetts Lowell, United States

Kepimpinan Strategik Muhammad SAW

RM60.00

Additional information

ISBN

9789670067261

Penulis

Rozhan Othman

Penerbit

ILHAM Books

Halaman Muka Surat

228

Tahun

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
Currently, we are not accepting new reviews
Utama
Kedai Buku
Track
Akaun
Copyright 2023 © Risalah Harmoni Sdn Bhd
Proudly designed by My Class Marketing. The best web designer
chevron-downmenu-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram