Description
TAFSIR FI ZILALIL QURAN
Tafsir Fi Zilalil Qur'an ini merupakan karya agung yang paling berkesan peninggalan As-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah. Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia oleh Dato' Haji Yusoff Zaky dan beliau mengambil masa lebih 10 tahun untuk menulis serta menceritakan intisari eksperiman dan intipati pengalamannya dibidang dakwah berdasarkan al-Quran dan Hadith.
- Kitab tafsir Al-Quran membantu kita MEMAHAMI nas Al-Quran secara terperinci.
- Kerana ia adalah karangan ulama yang diiktiraf tentang penguasaan mereka dalam bidang Al-Quran.
- Dengan bantuan tafsir, kita mampu MENYELAMI ASPEK-ASPEK tertentu mengikut fokus yang kita mahukan.
- Kitab Tafsir Fi Zilalil Quran adalah karangan seorang sasterawan Mesir yang dipenjarakan atas tuduhan palsu abad ke-20 manakala kitab Tafsir Ibnu Kathir adalah karya ulama’ silam yang pakar dalam bidang sejarah yang hidup di zaman kegemilangan Islam Mamluk dan bermazhab Syafii’.
MANFAAT & KELEBIHAN TAFSIR INI
Apakah gaya penulisan bagi kedua kitab tafsir Fi Zilalil Quran?
 1. TERJEMAHAN BAHASA MELAYU
- Usaha penterjemahan kepada Bahasa Melayu hanya diusahakan oleh Ust Yusoff Zaky Yaacob, penulis majalah Dian.
-Alhamdulillah, beliau mampu menjaga kekuatan bahasa yang terdapat pada Sayyid Qutb sehinggakan kita membaca kitab yang asal.
2. TAFSIR TERDIRI DRPD GAYA BAHASA & INTONASI
- Sayyid Qutb banyak menitikberatkan emosi dalam penyampaian Al-Quran kepada manusia seolah-olah ia berkomunikasi secara langsung dengan hati.
3. KEFAHAMAN ASAS AGAMA
- Dalam tafsir, Sayyid Qutb banyak memperincikan soal perkara ghaib dan bagaimana manusia harus mengambil ibrah terhadap perkara ini, bukan memanjangkan perdebatan fizikal perkara-perkara tersebut.
4. ASBAB AN-NUZUL (SEBAB PENURUNAN AYAT)
-Bab ini penting agar kita tahu mengenai peristiwa di sebalik sesuatu ayat yang Allah turunkan agar kita tidak lari dari fokus yang dikehendaki.
-Ia juga membantu kita mencari kaitan antara hadis, ayat Al-Quran dan sirah Rasulullah.
5. KAITAN AYAT DENGAN AYAT
-Supaya kita melihat Al-Quran adalah kitab yang menyeluruh, kita mesti tahu bagaimana perkaitan antara ayata dengan ayat, kerana ia membawa mesej yang sama dan agar tiada perpisahan antara maklumat.
6. FIQH DAKWAH DAN AMAL PRAKTIKAL
-Perkara paling penting dalam ILMU ialah AMAL. Oleh yang demikian, Sayyid Qutb tidak menfokuskan perbincangan fiqh dan hukum-hakam di dalam tafsir ini tetapi memberi fokus kepada nilai dakwah yang ingin disampaikan oleh sesuatu ayat.
-Akhir sekali, ia memberi penjelasan terhadap amal yang harus dilakukan dalam kehidupan seorang muslim
Kitab ini banyak digunakan oleh pendakwah kerana metod haraki yang digunakan oleh Sayyid Qutb dalam penulisannya, mencetuskan pelbagai bidang baru dalam tafsir dan memerlukan penyelidikan terperinci. Secara kesimpulannya, kitab tafsir ini adalah LENGKAP DAN MERANGKUMI SEMUA ASPEK YANG DIPERLUKAN OLEH PEMBACA!
Reviews
There are no reviews yet