-
#RMK – Ramadhan Milik Kita
RM5.00Buku ini disusun mengikut hari-hari pada bulan Ramadhan, bermula daripada 1 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan. Di samping ruangan aktiviti semakan amal dan ayat al-Quran pilihan, buku ini turut mempersembahkan informasi-informasi bertemakan Ramadhan termasuklah ringkasan setiap juzuk al-Quran, peristiwa bersejarah sepanjang Ramadhan serta tazkirah-tazkirah terpilih. #RMK - Ramadhan Milik Kita amat wajar dimiliki oleh sesiapa sahaja…
-
10 Salah Faham Terhadap ISIS
RM8.00Kemunculan ISIS yang tiba-tiba mampu menggugat lawan seolah-olah memberi harapan baru kepada umat sebagai pembela dan penyelamat. Namun kita bimbang tertipu lagi dengan musang bertopengkan ayam. Umat Islam pernah tertipu dengan berkiblatkan Khomeini dan Iran, menobatkan Osama dan Saddam. Sokongan diberi bukan kerana kita mengenal siapa mereka, tetapi kerana mereka berani mengangkat muka menentang musuh…
-
20 Persoalan Asas Intifadah
RM10.0020 Persoalan Asas Intifadah berjaya menanggapi isu-isu utama yang berlegar berkaitan intifadah. Maklumat yang dipaparkan dengan jelas dan teratur memudahkan para pembaca untuk menghadam satu demi satu topik yang dibincangkan. Bermula dari soalan-soalan mudah, antaranya "Apa itu Intifadah?", "Apakah Matlamat Intifadah?" dan "Apakah Hukum Intifadah?" Penulis kemudiannya membawa pembaca ke topik yang lebih kritis seperti…
-
20 Persoalan Asas Palestin
RM8.00Risalah ini diringkaskan dalam bentuk soal jawab ringkas terhadap persoalan-persoalan yang menjadi tonggak dalam isu Palestin ini untuk memberikan gambaran jelas kepada pembaca terhadap isu tersebut. Risalah ini juga dianggap sebagai pembacaan pengenalan untuk mereka yang ingin mengetahui apa yang berlaku di Palestin, apakah sebabnya, siapakah aktor-aktor utama dan apakah pandangan Islam terhadap isu tersebut.…
-
8 Ciri Istimewa Islam
RM20.00Buku 8 Ciri Istimewa Islam ialah mengenai keistimewaan- keistimewaan Islam. Buku ini menghuraikan secara menyeluruh ciri-ciri asas Deen (Agama) Islam, sesuai dengan martabatnya sebagai sistem dan tatacara hidup yang diwahyukan oleh Allah untuk manusia. Dipaparkan dalam buku ini khazanah Islam yang kaya dengan falsafah dan bidang-bidang prinsip hidup yang luas. Jelas dari buku ini Islam…
-
Air Mata Gaza (Baru)
RM10.00Memaparkan secara ringkas latar belakang, fakta dan pandangan mengenai isu serangan Zionis Israel ke atas bumi Gaza yang bermula pada hujung Disember 2008 yang lalu. Buku ini merupakan terbitan semula dengan pengemaskinian terbitan asal pada April 2009 oleh JIMedia. Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Penulis: Hafidzi Mohd Noor, Megat Shariffudin Ibrahim, Maszlee Malik Cetakan Pertama: Januari 2015 Mukasurat: 75…
-
Air Mata Gaza (Edisi Lama)
RM10.00Memaparkan secara ringkas latar belakang, fakta dan pandangan mengenai isu serangan Zionis Israel ke atas bumi Gaza yang bermula pada hujung Disember 2008 yang lalu. Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Penulis: Hafidzi Mohd Noor, Megat Shariffudin Ibrahim, Maszlee Malik Cetakan Pertama: April 2009 Mukasurat: 76 ISBN: 978-983-9782-58-5
-
Akidah Sejahtera
RM25.00Di luar sana, sudah banyak terdapat buku-buku yang diterbitkan berkenaan akidah. Ketika mengamati buku ini, saya cuba untuk melihat keistimewaan yang cuba ditampilkan. Hasil pengamatan saya, tidak syak lagi, buku ini harus menjadi rujukan utama masyarakat dalam memahami konsep akidah. Sebagaimana buku-buku yang bertemakan akidah yang lain, buku ini juga berusaha menampilkan nilai keilmuannya yang…
-
Aku Khadam Ummah
RM12.00Aiman telah membuka tirai dengan menobatkan kemuliaan seorang khadam dengan membongkar makna dan menjulang nama-nama unggul dari perbendaharaan ummah ini. Bilal Ibnu Rabah r.a dan Abu Darda r.a diangkat di dalam buku inii sebagai model unggul untuk melahirkan peribadi-peribadi khadim al-ummah (yang berkhidmat kepada ummah). Aiman tidak teragak-agak lagi memilih satu medan di mana ummah…
-
Al-Aqsa di Ambang Kehancuran
RM15.00Buku ini ditulis oleh Dr Maszlee Malik seorang aktivis isu-isu kemanusiaan dan politik di dalam dan luar negara khususnya politik Timur Tengah. Dengan latar belakang Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Al-Bayt, Jordan dan PhD dalam bidang Good Governance dari University of Durham, beliau yang sering dijemput oleh stesen tv swasta mahupun…
-
Asas Memahami Ulum Al-Quran
RM22.00Buku Manahil Al-‘Irfan yang menjadi rujukan utama buku ini merupakan antara buku yang membincangkan segenap ilmu al-Quran secara komprehensif. Al-Fadhil Ustaz Alias telah memilih sebuah karya yang tepat untuk diringkaskan agar menjadi panduan buat para pembacanya. Tambahan lagi, Al-Fadhil Ustaz sendiri merupakan sorang tokoh yang berautoriti dan amat mahir berkenaan selok-belok ilmu Islam di samping…
-
BANGKIT GAZA
RM25.00Seringkali, kisah perjuangan warga Gaza tampil di kaca televisyen dan dada akhbar dalam bentuk fakta dan data semata-mata. Tidak terbit darinya ialah emosi dan perasaan yang kuat; cukup kuat untuk menggugah jiwa bagi menyelami perjuangan sebenar di sana. BANGKIT GAZA adalah sebuah novel perjuangan, yang merakamkan segala macam kisah dan bibit perjuangan rakyat Gaza, sejak…
-
CD ALBUM #MYINTIFADA
RM25.00Album #MyIntifada: Kerana Al-Aqsa Milik Kita. 17 lagu best perjuangan Intifada Palestin oleh 15 artis Malaysia dan luar negara! Menampilkan SHOUTUL HARAKAH, WA3DBAND, MU'ADZ, ZEYAD, ANAS TAHIR ft AL-KAUTHAR, SAFF ONE, ZIM EZUAN ft NOCTURNAL VOICE, SHOUTUL MUALLIMIN, BONAI, FEEL ONE, HEAD ONE, NAJHAN, FEDAA', ARRUHUL JADID, ARAMI, SIDEQ SALEH, MUSLIH.
-
Citra Wanita Kontemporari
RM10.00Pengalaman seorang wanita menyelurusi perjalanan dakwah yang panjang pada zaman kontemporari ini tentulah sesuatu yang perlu dirakamkan dan didokumentasikan agar ia dapat dikongsi bersama, menjadi motivasi dan juga teladan bagi setiap kejayaan yang diraih, juga dijadikan sempadan, muhasabah dan pengajaran bagi setiap langkah yang sumbang dan perkiraan yang tersasar jauh daripada tujuan asal. Corak pemikiran…
-
Iraq Dalam Bahaya
RM12.00Iraq dalam bahaya adalah sebuah seruan agar dunia terjaga untuk membela Iraq. Seterusnya meluaskan kesedaran ini, agar suara Iraq dapat didengari oleh seluruh warga Iraq. Iraq Dalam Bahaya adalah sebuah gesaan, agar dunia bertindak. Atas kapasiti yang ada, berikan satu solusi dan usaha untuk kebebasan Iraq. Sejak 100 tahun yang lalu dari era Syareef Al-…
-
Jadi, Anda Mahu Menulis?
RM10.00Rakyat di negara ini bukannya tidak rajin membaca. Situasinya adalah kurangnya bahan bacaan yang bermutu, terutamanya buku-buku dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya rata-rata orang Malaysia membaca lapan buah buku setahun dan itu tidak termasuk bahan-bahan melalui internet. Jualan buku yang ditulis dalam Bahasa Melayu di gudang-gudang buku terbesar seperti MPH pula didapati meningkat. Oleh itu, bagi…
-
Jejak Risalah di Nusantara V
RM15.00Memaparkan peristiwa penting yang dilalui oleh umat Islam di Indonesia pada separuh kurun ke-19 dan sebahagian awal kurun ke-20. Tidak ketinggalan, buku ini turut menonjolkan tokoh-tokoh Islam serta perjuangan mereka bersama umat Islam menentang penjajah Belanda pada wakktu tersebut. Selain itu, peranan Snouck Hurgronje dalam mencorakkan sejarah penjajahan Belanda ke atas Aceh dan Nusantara umumnya…
-
Jejak Risalah Nusantara VI
RM15.00Memaparkan reaksi umat Islam di Indonesia terhadap imperialisme Belanda pada tahun-tahun awal kurun ke-20, sama ada dalam bentuk gerakan sosial, pendidikan mahupun politik yang terencana. Transformasi pendidikan dan budaya berfikir serta kebangkitan yang melampaui geris-garis sempadan suku dan wilayah juga telah menatijahkan kemajuan umat dalam aspek intelektual dan pemikiran. Para ulama turut terdedah kepada ide-ide…
-
Jihad Akbar Fardhu Ain
RM12.00Mengumpulkan artikel-artikel kajian empirikal dari panel-panel kajian yang berautoriti di bawah Palestin Centre of Excellence (PACE) berkaitan isu-isu terkini Palestin. Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Penulis: Hafidzi Mohd Noor Cetakan Pertama: 2015 Mukasurat: 83 ISBN: 978-967-13024-4-6
-
Jom Berdakwah
RM10.00Setiap pendakwah mestilah melihat kepada persiapan diri mereka terlebih dahulu sebelum melihat kepada orang yang didakwahkan dan cara-cara memenangi hati mereka. Kejayaan dakwah bersyaratkan kemantapan diri para pendakwah. Persiapan diri adalah lebih penting dan utama daripada persiapan-persiapan yang lain dalam arena dakwah. Usaha dakwah tidak akan mendapat pertolongan Allah sekiranya dilakukan dengan sambil lewa tanpa…
-
Kenali Dirimu
RM10.00Seringkali kita mencari faktor luaran dan mempercayai bahawa kita kekurangan kasih sayang, ilmu, kejayaan dan kepuasan tanpa menyedari bahawa kita memiliki semua yang kita perlukan di dalam diri kita. Kita juga sering mencari kuasa luaran yang lebih hebat tanpa menyedari bahawa kuasa-kuasa yang hebat sentiasa berinteraksi dan bertindak di dalam jiwa dan personaliti kita. Jarang…
-
Lambaian Kaabah
RM20.00Apa yang diketahui dari sirah Rasulullah s.a.w akan cuba dihayati apabila berada di Tanah Suci dan di tempat-tempat jejak Rasul dalam menyampaikan dakwah Islam serta jihad yang dilaksanakan. Ini adalah satu aspek yang perlu diberi penekanan apabila seseorang itu melakukan ibadah haji supaya mereka bukan sahaja menyempurnakan manasik haji, tetapi juga dapat menghayati perjuangan Rasulullah…
-
Membongkar Kejahatan Israel
RM20.00Mendokumentasikan rentetan peristiwa semasa. Dokumentasi ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu rencana yang diterbitkan dalam akhbar tempatan, liputan media mengenai aktivisme PACE dalam masyarakat, rencana yang ditulis oleh penyelidik dan felo-felo PACE, kenyataan akhbar mengenai isu-isu spesifik dan juga perutusan-perutusan serta teks khutbah Jumaat. Penerbit: JIMedia & Palestine Centre of Excellence (PACE) Penulis: Hafidzi Mohd…
-
Mutabaah Amal Lelaki
RM5.00Buku ini disusun dengan ringkas dan baik dengan pemilihan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang amat mudah untuk dihayati, difahami dan seterusnya membuat pembaca lebih menjiwai ibadah harian mereka. Amat sesuai sebagai panduan mudah untuk semua peringkat umur, dari sekolah rendah, sekolah menengah, IPT sehinggalah belia dan dewasa. Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Penulis: Azraai Ahmad…
-
Mutabaah Amal Perempuan
RM5.00Buku ini disusun dengan ringkas dan baik dengan pemilihan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang amat mudah untuk dihayati, difahami dan seterusnya membuat pembaca lebih menjiwai ibadah harian mereka. Amat sesuai sebagai panduan mudah untuk semua peringkat umur, dari sekolah rendah, sekolah menengah, IPT sehinggalah belia dan dewasa. Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Penulis: Azraai Ahmad…
-
Mutiara Ramadhan
RM8.00Cebisan-cebisan renungan ini cuba merangkumi pelbagai aspek daripada penghayatan Ramadhan. Mengandungi 30 Mutiara Ramadhan yang sesuai dijadikan bahan tazkirah harian di surau, masjid, sekolah, pejabat dan rumah. Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Penulis: Omar Yaakob Cetakan Pertama: 2015 Mukasurat: 84 ISBN: 978-967-13358-3-3
-
MyMutabaah Lelaki
RM3.00Buku ini adalah pelengkap kepada buku Mutabaah Amal, berperanan sebagai penyemak amal harian. Buku yang bersaiz kecil ini mudah untuk dibawa ke mana-mana untuk memudahkan semakan amal anda. Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Penulis: - Cetakan Pertama: 2015 Mukasurat: 76 ISBN: -
-
MyMutabaah Perempuan
RM3.00Buku ini adalah pelengkap kepada buku Mutabaah Amal, berperanan sebagai penyemak amal harian. Buku yang bersaiz kecil ini mudah untuk dibawa ke mana-mana untuk memudahkan semakan amal anda. Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Penulis: - Cetakan Pertama: 2015 Mukasurat: 76 ISBN: -
-
Palestine Oppression Unrivalled
RM20.00"The publication of this book which is a collection of thoughful commentaries and media statements related to recent events in Palestine will hopefully help Muslim readers -presumably the main target audience- to gain a deeper insight into the political nature of the conflict, the failures of past efforts towards peace, and current developments within Palestine…
-
Penjara Jadi Pusara
RM10.00Kehadiran buku ini tepat pada masanya iaitu ketika seluruh dunia Islam memperingati peristiwa tragis yang menimpa saudara mereka di Palestin sejak 60 tahun yang lalu. Hati yang hiba bertambah malang apabila umat Islam yang bukan sedikit bilangannya di dunia hari ini, di samping negara-negara Islam yang mempunyai sumber kekayaan yang melimpah ruah seakan-akan tidak mempedulikan…
-
Rumah Kami di Bulan Ramadhan
RM15.00Panduan untuk seisi keluarga mencorakkan suasana rumah di bulan Ramadhan dari segi solat, puasa, membaca al-Quran, solat terawih, menghadap hidangan dan sebagainya. Jika Ramadhan melahirkan insan bertaqwa, maka Ramadhan juga seharusnya melahirkan keluarga bertaqwa. Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Penulis: Abdul Wahid al-Wakil Penterjemah: Pertubuhan IKRAM Malaysia, Negeri Johor Cetakan Pertama: 2015 Mukasurat: 130 ISBN:…
-
Sisi Terlindung
RM25.00KELUARAN TERBARU ! Menampilkan kompilasi penulisan kritis hasil garapan idea anak muda PENA SYARIAH mengenai isu-isu agama dan ilmiah, isu-isu semasa, isu kemasyarakatan dan juga isu kenegaraan yang diolah dengan idea-idea yang berani serta segar. Sisi pandang anak muda yang kadangkala terlindung ini perlu lebih disebarluas demi percambahan idea seiring dengan perjuangan anak muda untuk…
-
Taawun Dalam Koperasi
RM25.00Catatan pengalaman Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) sejak tahun 2008-2015 dalam menjayakan sebuah koperasi nasional yang mempunyai ahli daripada pelbagai latar belakang, minat dan berada di seluruh negara. Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Penulis: Ahmad Zainuddin bin Abdullah Cetakan Pertama: 2015 Mukasurat: 170 ISBN: 978-967-13358-5-7
-
Tajwid Mudah (Edisi Baru)
RM20.00Buku Tajwid Mudah Edisi Baru dikemaskini daripada edisi pertama dengan beberapa pembetulan dan penambahbaikan. Buku Tajwid Mudah adalah buku silibus pelajaran tajwid yang digunakan oleh murid tahun 3, 4, 5, dan 6 di semua sekolah dalam rangkaian Sekolah MUSLEH. Buku ini menarik dan berwarna berisi pelajaran berkenaan hukum tajwid dan makhraj huruf (cara penyebutan huruf).…
-
Tarbiyah dari Gunung
RM15.00Tarbiyah dari Gunung merupakan kompilasi catatan pengalaman "tidak jumpa jalan" di Chemerong yang dilalui oleh ahli JIM Terengganu. Tarbiyah yang dilalui oleh ahli ekspedisi selama ini telah diuji oleh Allah di Chemerong. Bagaimana kehebatan manusia merancang dan menyusun, tidak dapat sama sekali menandingi kebijaksanaan Allah menyusun dan merancang. Pengalaman ini juga telah membuktikan ikatan ukhuwah…
-
TEMPUR DI GAZA
RM18.00Buku ini memberi gambaran ringkas tentang sebuah perjuangan di atas sebidang tanah yang menjadi perbutan sepanjang sejarah peradaban dunia. Tidak seperti buku lain yang sarat dengan fakta ilmiah, buku ini membawakan naratif sejarah dalam genre sastera dan santai. Ia mampu mengulit perasaan anda dengan marah, geram, semangat dan optimis. Jiwa-jiwa muda pastinya akan menjumpai suara…
-
Tips Urus Kelab Remaja Masjid
RM20.00Buku ini dihasilkan bertitik tolak daripada minat dan penglibatan penulis bersama beberapa aktivis Kelab Remaja JIM (KRJ) Petaling Jaya mengendalikan program dakwah remaja di masjid dan surau. Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan berguna untuk penubuhan dan pengurusan Kelab Remaja Masjid di kariah masing-masing. Buku yang berbentuk manual pelaksanaan program ini disusun secara santai di…