Tips Urus Kelab Remaja Masjid

Buku ini dihasilkan bertitik tolak daripada minat dan penglibatan penulis bersama beberapa aktivis Kelab Remaja JIM (KRJ) Petaling Jaya mengendalikan program dakwah remaja di masjid dan surau. Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan berguna untuk penubuhan dan pengurusan Kelab Remaja Masjid di kariah masing-masing. Buku yang berbentuk manual pelaksanaan program ini disusun secara santai di mana boleh dibaca tanpa mengikut turutan bab. Ia bermula daripada pernyataan keperluan dakwah remaja di masjid sehinggalah panduan melaksanakan program dakwah. Aspek tambahan seperti panduan dan penubuhan serta pengurusan Kelab Remaja Masjid memberi nilai tambah merangkap ilmu berguna. Manakala aspek perkongsian bersama aktivis dakwah remaja boleh dijadikan motivasi untuk dicontohi. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan oleh jabatan agama, pendakwah, aktivis dakwah remaja, ahli jawatankuasa pengurusan masjid dan surau, pengurus jawatankuasa remaja, pembimbing kelab remaja, fasilitator dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam aktiviti remaja.

Penerbit: JIMedia
Penulis: Ruzain Syukur Mansor, Mohamad Azmi Che Musa
Cetakan Pertama: Mac 2010
Mukasurat: 216
ISBN: 978-983-9782-71-4

Categories: , , Tags: , , ,

Additional information

Weight 0.260 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tips Urus Kelab Remaja Masjid”