Jejak-Risalah-Vl

Jejak Risalah Nusantara VI

Memaparkan reaksi umat Islam di Indonesia terhadap imperialisme Belanda pada tahun-tahun awal kurun ke-20, sama ada dalam bentuk gerakan sosial, pendidikan mahupun politik yang terencana. Transformasi pendidikan dan budaya berfikir serta kebangkitan yang melampaui geris-garis sempadan suku dan wilayah juga telah menatijahkan kemajuan umat dalam aspek intelektual dan pemikiran. Para ulama turut terdedah kepada ide-ide segar pembaharuan dunia Islam yang bertiup kencang pada ketika itu kemudian melahirkan tokoh-tokoh ulama progresif untuk mengeluarkan umat daripada ketidakupayaan dan kejumudan.

Penerbit: JIMedia
Penulis: Hafidzi Mohd Noor
Cetakan Pertama: Oktober 2009
Mukasurat: 113
ISBN: 978-983-9782-67-7

Categories: , , Tags: ,

Additional information

Weight 0.165 kg

Reviews

  1. admin

    Oleh Abdullah Fikri Bariman

    Jika revolusi perancis pada 1789–1799 digerakkan oleh roh perjuangan kerana kesengsaraan hidup golongan bawahan yang diperintah oleh kerajaan monarki Perancis lalu menjadikan negara moden Perancis tika ini. Manakala Negara Indonesia merdeka atas keringat dan perjuangan roh islam . Tidak akan merdeka negara Indonesia yang menjaga kedaulatan Negara selepas jatuhnya Jepun didalam peperangan Dunia ke-2 selama 5 tahun daripada dirobek kembali oleh belanda jika bukan kerana dek usaha berterusan gerakan islam yang berkorban masa dan tenaga untuk Negara tercinta. Itulah yang menjadi Intipati utama dalam karya Dr hafidzi bagi siri Jejak Risalah Di Nusantara 6(VI) Gerakan Islam Penggerak Kemerdekaan Indonesia. Bagaimana golongan ulamak terdahulu memulakan islah di kalangan rakyat seterusnya menjadi tonggak utama di tengah-tengah gerakan perjuangan kemerdekaan Indonesia
    Ternyata Makkah dan dunia islam tidak dapat dipisahkan, bukan sahaja sebagai tempat suci umat islam yang terletaknya kaabah tetapi sebagai sumber kekuatan roh bagi umat ini. Para hujjaj yang kesana bukan sekadar menunaikan ibadat haji, tetapi seolah-olah menghadiri satu konvensyen tahunan mengumpulkan hampir keseluruhan pejuang umat ini seantaro dunia. Seringkali setiap kali pulangnya mereka yang pulang dari menunaikan haji akan membawa satu perubahan baru kepada penduduk setempat. Ianya seolah-olah memberikan satu kehidupan baru kepada hujaj tersebut dengan simbolik mempunyai nama baru. Sebagai contoh Muhammad darwis telah dianugerahkan nama baru iaitu Haji Muhammad Dahlan pendiri gerakan Muhammadiyah.
    Perjuangan di wilayah nusantara ini berterusan kerana para ulama di nusantara tidak putus-putus mengunjungi tanah haram yang diberkati bagi menuntut hikmah dan ilmu dari pada ulama terbilang yang tidak lain tidak seperti haji Ahmad khatib yang menjadi guru kepada hampir keseluruhan ulamak pembaharu di wilayah nusantara Syeikh Abdul Karim Amrullah (ayah Hamka), Hj Agus Salim (The Grand Old Man), Syeikh Tahir Jalaluddin dan Sayyid Syeikh Al-Hadi. Peranan ulama mekah yang menerajui perjuangan bermula dengan pendidikan dan pencerahan keilmuan yang merintis kemerdekaan ini menjadi asas kepada Negara Indonesia dan Malaysia. Tanpa gerakan ulama ini maka tiadalah Negara Malaysia kita yang tercinta.

    Perjuangan di Indonesia ini bermula dengan mengukuhkan kembali ekonomi umat islam yang ternyata sedang tenat dan kebanyakan rakyat di kalangan petani terpaksa menjadi pengemis di tanah air sendiri. Tanah pertanian yang disewa daripada belanda dan cukai yang membebankan menyukarkan para petani untuk meneruskan kelansungan hidup. Oleh itu gerakan Syarikat Perdagangan Islam atau lebih dikenali sebagai Syarikat Islam (SI) telah menjadi pencetus kepada gerakan Kemerdekaan Indonesia. Pelopor utama SI tidak lain tidak bukan adalah ‘The Uncrowned King Of Java’ Haji Omar Said Cokroaminoto yang berjaya menyatukan hampir keseluruhan etnik di Indonesia menjadi satu suara. Jika anda pernah melihat lambing parti PDI-P di Indonesia atau Parti Rakyat Malaysia (PRM) banteng telah digunakan. Ataupun seladang di Malaysia. Lambang itulah yang digunakan oleh SI yang memberikan gambaran kekuatan. Sebelum Sukarno menggunakan lambang tersebut pada Parti Nasional Indonesia (PNI), Sukarno telah menghadap Haji said Cokroaminoto untuk mendapatkan keizinan bagi menggunakan lambang tersebut.

    Membaca sumbangan kiyai ahmad dahlan dan HAMKA merasakan diri ini seperti tiada apa2 nilai dunia. Menggelegak darah ini tidak keruan ketika membacanya. Menjadi satu tabiat saya membaca dalam keadaan berbaring, tetapi ketika membaca sumbangan dan usaha yang telah mereka laukuan menyebabkan diri ini bangun dan membacanya dalam keadaan berdiri. Terasa amat besar jurang sumbangan mereka pada umur yang sama seperti saya.
    Saya memetik kata-kata dr hafidzi
    “ keunikan HAMKA sebagai sejarawan berbanding ahli-ahli sejarawan di menara gading ialah beliau turut menjadi PELAKU SEJARAH”

    Benarlah kata pujangga, sejarah itu ditulis oleh mereka yang menang.

Add a review