Jejek Risalah ii

Jejak Risalah Di Nusantara II

Categories: , ,

Additional information

Weight 0.2 kg

Reviews

  1. admin

    JEJAK RISALAH DI NUSANTARA 2 (JIHAD MELAWAN PORTUGIS & SEPANYOL)
    Reviu oleh Abdullah Fikri Bariman
    Pengerusi IkramSISWA UTHM

    Tajuk bukunya adalah jejak risalah nusantara, tetapi jika anda memulakan pembacaan makalah ini antara bab awal yang menyapa anda adalah peristiwa kejatuhan kerajaan Andalus di Sepanyol yang telah memerintah selama 800 tahun di bumi eropah tersebut. Bukankah Negara Sepanyol itu jauh beribu batu dengan wilayah nusantara, maka kenapa sebagai pembuka bicara makalah ini dimulakan dengan peristiwa ini?.

    Itulah kehebatan Dr Hafidzi, menyambung titik peristiwa seantaro dunia dan kesannya terhadap wilayah nusantara. Penaakulan yang kemas, tidak semberono dan memberi gambaran bagaimana dunia ini bergerak dari barat ke timur utara dan selatan.

    Bagi Jilid 2 ini walaupun ianya bernombor ii(2) mengikut susunan , tetapi ianya baru sahaja siap ditulis dan diterbitkan pada 2015. Sedangkan Jiid VI(4) Gerakan Islam penggerak kemerdekaan Indonesia diterbitkan pada tahun 2009, manakala jilid V(5) telah diterbitkan oleh JIMedia pada Okotber 2009. Kenapa berlaku sebegitu rupa, Dr. Hafidzi ada menjelaskan sebab berlakunya langkauan jilid ini dan seolah-olah tidak mengikut susunan.

    Jika Siri 1 adalah terbitan JIMedia Siri 2 ini pula adalah terbitan Risalah Harmoni. Ternyata terbitan kali ini memberi nafas segar kepada karya ini. Kemasan kulit buku yang sangat cantik dan kemas mampu memikat sesiapa sahaja melihatnya. Pandangan pertama melihat kulit buku berlatar belakangkan pintu gerbang A. Famosa sebahagian dari Kubu Santiago sahaja sudah menarik. Dengan warna yang segar dan lari jauh dari konsep tradisional buku sejarah yang pada kebiasaannya warna kusam dan tiada gambar atau lukisan. Tetapi Risalah Harmoni telah memberi imej baru bagi buku yang bertema sejarah. Tahniah Risalah Harmoni kerana mampu menerbitkan buku bergenre sejarah pada kebiasaannya hanya mampu menarik pembaca dikalangan ahli akademik ataupun pemikir, tetapi kali ini saya yakin dengan strategi yang berkesan dan kemasan sebegini ianya mampu menarik pelbagai lapisan masyarakat membaca karya ini.

    Jejak Risalah ini Siri 2 ini mengekalkan ketebalan yang hampir sama dengan jilid 1 iaitu 120 muka surat. Dengan pembacaan sederhana anda mampu menghabiskan bacaan keseluruhan dalam masa 2 hari sahaja. Ini kerana setiap bab memberi makna, gaya penulisan yang seolah-olah kita sekali berada di zaman tersebut. Ianya akan membuatkan anda terus tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya.

    Jika prakata siri 1 adalah daripada Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom Pakar runding Psikiatri, bagi siri 2 ini daripada Ustaz Alias Othman Ahli dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia. Saya secara peribadi selalu mengamati prakata setiap siri ini kerana ternyata rakan-rakan Dr Hafidzi telah memberikan penyaksian kehidupan betapa penulis siri ini bukan calang-calang. Sering disifatkan sebagai seorang yang sangat gigih dalam perjuangan dan memiliki semangat berkorban yang menabjubkan. Ulasan sebegitu rupa membangkitkan lagi semangat saya untuk membaca karya ini kerana penulisan ini bukan atas dasar amatan kosong sekadar mengambil rujukan dari buku-buku di rak perpustakaan. Tetapi atas tinta perjuangan yang telah dilaksanakan. Inilah karya yang mampu membangkitkan roh perjuangan disingkap dari zaman silam buat pedoman generasi kini
    Portugis dan Sepanyol merupakan watak penting bagi siri ini. Fokus utama bagi jilid ini adalah wilayah semenanjung tanah melayu dan kepulauan Borneo. Jika disebut Portugis mungkin yang kita kenali adalah pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo, tetapi sekitar 600 tahun lalu negara inilah yang menjarah tanah melayu dan sangat sinonim dengan nama Melaka. Pertualangan Portugis untuk sampai ke tanah melayu bukan satu perkara mudah apabila perlu menguasai lautan hindi dahulu untuk ke misi menguasai tanah melayu. Penerokaan pertama di lautan hindi telah diketuai oleh Vasco Da Gama yang secara terang-terangan mendedahkan bahawa kedatangannya adalah untuk mencari penganut krisitian dan rempah. Jalan yang dirintis Da Gama ini diteruskan oleh Alfonso de Albuquerque yang berjaya menjatuhkan Goa dan seterusnya misi ini diteruskan sehingga ke Tanah Melayu.
    Sedikit paparan tulisan Dr Hafidzi kenapa Melaka ketika itu menjadi rebutan Portugis
    “ Kedudukan Melaka yang strategik, di tengah-tengah laluan ke benua kecil India dan tanah besar di Tiongkok, menjadikan ia tempat pertemuan dagang antarabangsa, sehingga dalam kalangan saudagar Arab, Melaka lebih dikenali sebagai ‘Mulakat’ iaitu ‘tempat pertemuan’ “

    Ternyata kejatuhan kota Melaka pada tahun 1511 ini umpama pukulan ‘knockout’ Muhammad Ali kepada George Foremen di Kejohanan Tinju bertempat di Zaire. Umat islam yang menguasai laluan perdagangan tidak lagi memegang pusat-pusat perlabuhan penting. Jalan perdagangan yang putus di lautan Hindi kini menerpa pula di wilayah nusantara apabila jatuhnya kota Melaka. Dengan jatuhnya kekuasaan politik menatijahkan lemahnya kekuatan ekonomi. Laluan perdagangan rempah bernilai jutaan itu kini dikuasai oleh Aparat Portugis. Satu kerugian besar buat seluruh umat islam atas kehilangan wilayah Melaka ini.

    Untuk kesinambungan kejatuhan Melaka Dr hafidzi telah memasukkan peranan Brunei yang sebegitu kuat menjadi benteng kepada penguasaan yang lebih kuat Portugis ke atas wilayah nusantara. Brunei diasak dari utara oleh Sepanyol yang menganggap kesultanan Brunei sebagai musuh dan ancaman, manakala Portugis melihat Brunei sebagai salah satu pelabuhan di sepanjang laluan perdagangan yang menguntungkan. Brunei akan menjadi pelabuhan penyambung kepada wilayah portugis di Macau. Sungguhpun begitu kuat ancaman dari Sepanyol dan Portugis Brunei tetap merdeka dari penguasaan kuasa asing.

    Untuk bab terakhir bagi siri ini Dr. Hafidzi menamatkan dengan sedikit ‘teaser’ berkenaan makalah siri 3 iaitu Melaka menyerah kalah pada Portugis 1511?. Kemudian bab seterusnya yang paling menarik buat pedoman pasangan muda melayar bahtera. Walapun penulis belum berumah tangga tetapi bab terakhir daripada siri ini benar-benar satu contoh pasangan yang saling menghargai dan memahami tujuan ‘masjid’ itu bina. Benarlah kata pujangga Perjuangan itu bermula dengan bahagianya rumahtangga.

Add a review

You may also like…