Additional information
Weight | 0.140 kg |
---|
Sebuah pembongkaran telus dan penilaian semula kesan kedatangan Islam di Nusantara, dari zaman pra-Islam hingga era pelayaran Muhammad Cheng Ho.
Penerbit: JIMedia
Penulis: Hafidzi Mohd Noor
Cetakan Pertama: Mac 2007
Mukasurat: 113
ISBN: 978-983-9782-42-4
Weight | 0.140 kg |
---|
Memaparkan reaksi umat Islam di Indonesia terhadap imperialisme Belanda pada tahun-tahun awal kurun ke-20, sama ada dalam bentuk gerakan sosial, pendidikan mahupun politik yang terencana. Transformasi pendidikan dan budaya berfikir serta kebangkitan yang melampaui geris-garis sempadan suku dan wilayah juga telah menatijahkan kemajuan umat dalam aspek intelektual dan pemikiran. Para ulama turut terdedah kepada ide-ide…
Memaparkan peristiwa penting yang dilalui oleh umat Islam di Indonesia pada separuh kurun ke-19 dan sebahagian awal kurun ke-20. Tidak ketinggalan, buku ini turut menonjolkan tokoh-tokoh Islam serta perjuangan mereka bersama umat Islam menentang penjajah Belanda pada wakktu tersebut. Selain itu, peranan Snouck Hurgronje dalam mencorakkan sejarah penjajahan Belanda ke atas Aceh dan Nusantara umumnya…
Buku ini disusun dengan ringkas dan baik dengan pemilihan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang amat mudah untuk dihayati, difahami dan seterusnya membuat pembaca lebih menjiwai ibadah harian mereka. Amat sesuai sebagai panduan mudah untuk semua peringkat umur, dari sekolah rendah, sekolah menengah, IPT sehinggalah belia dan dewasa. Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Penulis: Azraai Ahmad…
Panduan untuk seisi keluarga mencorakkan suasana rumah di bulan Ramadhan dari segi solat, puasa, membaca al-Quran, solat terawih, menghadap hidangan dan sebagainya. Jika Ramadhan melahirkan insan bertaqwa, maka Ramadhan juga seharusnya melahirkan keluarga bertaqwa. Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd Penulis: Abdul Wahid al-Wakil Penterjemah: Pertubuhan IKRAM Malaysia, Negeri Johor Cetakan Pertama: 2015 Mukasurat: 130 ISBN:…
Unit E-67-1, Block E, Platinum Walk
No 2, Jalan Langkawi, Taman Danau Kota
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
+6018-4064423 (Call, SMS, Whatsapp, Telegram)
+603-4144 3363
Enjoy our newsletter to stay updated with the latest news on Mindig.
RIsalah Harmoni Sdn Bhd - 2015 by Imedia Production
admin –
Oleh Abdullah Fikri Bariman
Ahli Aktif IKRAM Batu Pahat
Bukanlah satu perkara mudah untuk kita melakukan satu perkara yang luar dari kepakaran kita. Sebagai contoh adakah seorang mekanik kereta mampu melakukan pembedahan di dewan bedah sebagai seorang doktor?. Tentu saja sukar dan jauh dari kepakaran yang dimiliki. Mungkin contoh ini agak ekstrem tetapi antara sebab utama saya sangat mengikuti setiap siri karya penulis ini adalah apabila penulis melakukan satu karya yang bagi saya jauh panggang dari api jika kita melihat kepada latar pendidikan yang ditempuhi. Beliau yang berkelulusan PhD Zoology (University of Aberdeen, Scotland) menulis karya tentang sejarah. Ya, berkenaan sejarah. Satu bidang yang berbeza bagi saya.
Atas sebab itu saya bersungguh-sungguh untuk mencari dan membaca Jejak Risalah Nusantara 1 karya Prof. Madya Dr. Hafidzi Bin Mohd Noor. Akhirnya saya telah berjaya mendapatkannya dari penerbit Risalah Harmoni. Satu tabiat saya tentang buku apa yang sepatutnya saya baca, saya berpegang kepada satu pepatah direka sendiri ‘Mengenali Siapa Penulisnya sebelum Memilih Buku’. Saya secara peribadi pernah bertemu penulis dan mengikuti satu sesi perbincangan beliau pada tahun 2007 ketika persediaan sebelum Program jelajah Indonesia yang lebih dikenali ‘Road to Jawa 2’. Disitulah bibit-bibit kekaguman kepada beliau berputik. Bagaimana dr Hafidzi mampu untuk mengikat saya di tempat duduk tanpa berasa bosan walaupun sejenak dari pagi sampai tengahari betul-betul membuka mata saya betapa sejarah ini ada nilai yang tinggi dan tersendiri.
Setiap peristiwa yang terjadi tidak berlaku dengan sendirinya tanpa ada sebab dan akibatnya. Dr Hafidzi mampu untuk melengkapkan dan menyambung setiap titik peristiwa kepada satu Matlamat yang jauh. Bagaimana kejatuhan Umat islam di Andalusia mempengaruhi umat islam di Nusantara. Apabila Ratu Isabel Berjaya menjatuhkan Andalusia dan rentetan terbukanya jalan laut ke wilayah baru nusantara. Dr hafidzi tidak akan meletakkan satu-satu peristiwa bersendirian. Pasti ada sebab dan akibat yg memberi kesan baik atau buruk pada satu-satu tempat. Apa yang berlaku di Johor di selatan tidak hanya memberi kesan kepada Johor semata, melainkan pasti ada kesan secara lansung atau tidak pada Kelantan di timur atau kedah di utara. Begitulah kemampuan dr hafidzi bijak mencatumkan sekeping ‘jigsaw puzzle’ mejadi satu ‘big picture’ bagaimana taakulan kita terhadap sesuatu peristiwa
Menceritakan tentang perkara lalu bukanlah satu perkara mudah, hatta kita sendiri untuk menceritakan apa yang telah kita lakukan pada hari semalam kadang-kadang bukan semua kita dapat ingat kembali. Begitulah sifat sejarah, merungkai kembali apa yang telah lepas ratusan tahun lalu perlukan sebuah rujukan. Ternyata buku ini memberikan setiap peristiwa yang berlaku ada rujukannya. Dr hafidzi memasukkan peristiwa bukan semberono melainkan ada rujukan disisipkan. Setiap peristiwa ada nota kaki yang diberikan. Itulah antara salah satu sebab buku ini bukan buku sejarah ‘syok sendiri’.
Menceritakan apa yang berlaku tanpa bukti satu perkara yang sukar walaupun peristiwa tersebut adalah benar. Oleh itu dr hafidzi menceritakan sesuatu perkara diselang-selikan dengan gambar kesan peristiwa sejarah tersebut. Perkara ini amat berkesan dalam kita menghayati sesebuah peristiwa dengan sedikit sebanyak mampu membawa kita seolah-olah kita berada di masa tersebut. Ini memberi kesan besar untuk memahami apa yang telah berlaku. Dr hafidzi bukan sekadar menyatakan peristiwa tersebut , bukan sekadar membaca sahaja di buku-buku tetapi pergi terus ke tempat dan peristiwa itu . melihat sendiri kesan peristiwa tersebut. Bukan sekadar menyelak-nyelak buku di rak-rak perpustkaan untuk mendapatkan fakta dan maklumat. Tetapi menghabiskan keringat dan wang ringgit untuk memastikan fakta dan peristiwa yang tepat.
Buku ini sangat sesuai untuk pemula atau bacaan yang sangat baik untuk sesiapa saja yang ingin mendapatkan gambaran awal dan kefahaman sedikit sebanyak sejarah nusantara. Bagaimana pertembungan islam dan budaya setempat diasimilasi dengan baik walapun memakan masa yang lama. Ternyata warisan islam ke Nusantara bukan monument atau bangunan hebat-hebat seperti candi prambanan atau Borobudur. Tetapi adalah warisan ilmu dan ketamadunan. Setiap perubahan itu bukan sahaja perlukan perubahan politik tetapi yang lebih utama adalah perubahan ilmu yang kekal dan membentuk generasi hadapan