Israel-kenapa-tidak-boleh-mengiktirafnya

Israel Mengapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor merupakan nama yang tidak asing lagi dalam isu umat Islam dan kemanusiaan antarabangsa, khususnya isu Palestin. Beliau menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2015 diatas perjuangan beliau selama ini dalam memberi kesadaran kepada masyarakat Malaysia akan isu ini, serta diatas inisiatif beliau mengutip dana, memberi bantuan kemanusiaan di kem-kem di Beirut, Jordan dan Syria melalui Aqsa Syarif, sebuah agensi dinaungi oleh Humanitarian Care Malaysia Berhad atau MyCare.

Buku ini menjelaskan kenapa seluruh dunia, bukan sahaja negara Islam, tidak harus mengiktiraf Israel. Hakikat ini akan difahami apabila kelahiran Israel disorot berdasarkan fakta-fakta sejarah. Walaupun Israel kini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kronologi disebalik penubuhan negara haram ini akan dijelaskan dalam buku ini. Antaranya adalah bagaimana kuasa Imperial seperti British dan Amerika Syarikat bekerjasama dalam komplot mendirikan negara Yahudi yang menyebabkan berlakunya pengusiran penduduk asal Palestin yang majoriti adalah umat Islam.

Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd
Penulis: Hafidzi Mohd Noor
Cetakan Pertama: Mac 2015
Mukasurat: 66
ISBN: 978-967-13024-1-5

Category: Tags: , ,

Additional information

Weight 0.100 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Israel Mengapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya”