iraq-dalam-bahaya

Iraq Dalam Bahaya

Iraq dalam bahaya adalah sebuah seruan agar dunia terjaga untuk membela Iraq. Seterusnya meluaskan kesedaran ini, agar suara Iraq dapat didengari oleh seluruh warga Iraq.  Iraq Dalam Bahaya adalah sebuah gesaan, agar dunia bertindak. Atas kapasiti yang ada, berikan satu solusi dan usaha untuk kebebasan Iraq. Sejak 100 tahun yang lalu dari era Syareef Al- Hussein sehinggalah era Haidir Al-Abadi kini, warga Iraq menderita krisis berpanjangan. Pembahasan buku ini dimulakan dengan dinamika sejarah moden Iraq tercetus pada Perang Dunia Pertama, berkembang dengan revolusi 1920 atau At-Thaurah Al-‘Isyreen diikuti dengan siri revolusi-revolusi lain. Pembentukan Republik Iraq, Perang Iraq Iran, Perang Teluk dan peristiwa 11 September 2001 adalah sebahagian dari titik-titik hitam rentetan krisis  di Iraq. Nuri Al-Maliki antara nama yang disebut-sebut dalam buku ini, berkaitan dengan jenayah-jenayah yang dilakukkannya terhadap rakyat Iraq bukan sahaja sewaktu memegang kuasa politik tertinggi di Iraq bahkan sejak tahun 80-an lagi ketika menjadi anggota kumpulan pengganas di Iraq. Terbaru adalah kemunculan ISIS yang membunuh orang awam menambahkan derita pada luka lama Iraq yang belum sembuh. Buku ini disertakan terjemahan teks fatwa-fatwa dari Kesatuan Ulama’ Sedunia berkenaan krisis kemanusiaan di Iraq.

Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd
Penulis: Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf, Khubaib Muhamad Asmadi, Muharman Bachtiar
Cetakan Pertama: April 2015
Mukasurat: 97
ISBN: 978-967-13024-7-7

Additional information

Weight 0.120 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Iraq Dalam Bahaya”