wanitakontemporari

Citra Wanita Kontemporari

Pengalaman seorang wanita menyelurusi perjalanan dakwah yang panjang pada zaman kontemporari ini tentulah sesuatu yang perlu dirakamkan dan didokumentasikan agar ia dapat dikongsi bersama, menjadi motivasi dan juga teladan bagi setiap kejayaan yang diraih, juga dijadikan sempadan, muhasabah dan pengajaran bagi setiap langkah yang sumbang dan perkiraan yang tersasar jauh daripada tujuan asal. Corak pemikiran dan pandangan seorang wanita dalam mewarnakan aktivisme dakwah sebagai organisasi, mungkin dapat diterokai dan diselusuri bersama. Perjuangan meletakkan wanita di persada dakwah, melalui inovasi dan cetusan baru perlu kepada keberanian, keikhlasan dan kecekalan hati. Perkongsian buku ini lebih berupa satu lembaran nostalgia yang tidak jauh berbeza dengan pengalaman sendiri. Namun, bagi yang baru berjinak dengan jalan dakwah, buku ini diharapkan mampu membuka kotak minda, menajamkan keupayaan berfikiran kritis dan sentiasa aktif mencari ruang untuk bergerak, di samping menyedari keperluan penggantungan harapan kepada Allah.

Penerbit: JIMedia
Penulis: Harlina Halizah Siraj
Cetakan Pertama: April 2009
Mukasurat: 91
ISBN: 978-983-9782-61-5

Categories: , , Tags: , ,

Additional information

Weight 0.120 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Citra Wanita Kontemporari”