10-salah-faham-terhadap-isis

10 Salah Faham Terhadap ISIS

Kemunculan ISIS yang tiba-tiba mampu menggugat lawan seolah-olah memberi harapan baru kepada umat sebagai pembela dan penyelamat. Namun kita bimbang tertipu lagi dengan musang bertopengkan ayam. Umat Islam pernah tertipu dengan berkiblatkan Khomeini dan Iran, menobatkan Osama dan Saddam. Sokongan diberi bukan kerana kita mengenal siapa mereka, tetapi kerana mereka berani mengangkat muka menentang musuh Islam, maka merekalah hero kita. Kita tidak mahu masuk lubang biawak sekali lagi. dengan kesedaran inilah, Ar Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf, seorang arkitek lulusan School of Architecture, University of Sheffield dan pengasas kepada sebuah firma arkiteknya sendiri ini, cuba membuka topeng ISIS untuk para pembaca dengan menjawab 10 dakwaan yang biasa dijadikan hujah oleh mereka yang kurang faham, atau mereka yang berkepentingan. Penulis yang aktif dalam isu kemanusiaan Palestin sejak lebih 10 tahun ini, menjawab 10 salah faham ini dengan dengan ringkas tapi padat berpandukan kepada kenyataan rasmi dari Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Persatuan Ulama’ Syria, Persatuan Ulama’ Iraq seperti dalam Salah Faham nombor 1 dan 5. Dalam salah faham nombor 8 pula, penulis menjelaskan kembali pembahasan ulama’ berkaitan hadith Rasulullah S.A.W mengenai Pejuang Panji-Panji Hitam yang dijanjikan akan muncul sebelum hari kiamat. Dalam menjawab salah faham yang berlaku penulis membuat para pembaca menggabungkan antara penggunakan lojik akal yang waras dalam memahami isu ini dengan dipandu oleh fakta dari sumber laporan media antarabangsa seperti Wall Street Journal, Human Right Watch, Amnesty International.

Risalah Harmoni Sdn Bhd
Penulis: Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
Cetakan Pertama: April 2015
Mukasurat: 42
ISBN: 978-967-13024-6-0

Additional information

Weight 0.065 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “10 Salah Faham Terhadap ISIS”