Ustaz Alias Othman

Ustaz Alias Bin Othman dilahirkan pada tanggal 30 Oktober 1942 di Kampung Gua Badak, Lenggong, Perak. Selepas pendidikan di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajarannya di peringkat Diploma dalam bidang Dakwah di Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri Kelantan dan meneruskan pengajiannya di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Syariah dan Undang-undang. Kemudian beliau medapat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar dalam bidang Siyasah Syar’iyah.

Beliau pernah bertugas di JAKIM sebagai Pegawai Dakwah sebelum berkhidmat sebagai pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaya (UM). Beliau pernah dilantik sebagai Dekan dan setelah itu Timbalan Dekan Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM). Beliau juga pernah mendapat gelaran Prof Madya di Jabatan Siyasah Syar’iyah, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM).

Beliau merupakan seorang tokoh pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat sama ada melalui kerjayanya sebagai pensyarah, penulisan buku dan penglibatan dalam pertubuhan dakwah selama lebih 40 tahun. Beliau pernah menjawat jawatan di peringkat kepimpinan dalam Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Buku

8 CIRI ISTIMEWA ISLAM | AKIDAH SEJAHTERA | ASAS MEMAHAMI ULUM AL-QURAN

Ustaz Alias Othman