Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor merupakan seorang pencinta dan pengamat sejarah yang prolifik. Berpengalaman menjadi penyelidikbersekutu Kumpulan Penyelidikan Sumbangan Peradaban Arab-IslamTerhadap Masyarakat Melayu Malaysia, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM (2009 – 2010). Beliau pernah membentang kertas kerja berjudul ‘Kepentingan Menjiwai Kedatangan dan Pengaruh Islam kepada Masyarakat Melayu’ dalam Seminar Sumbangan Peradaban Arab-Islam terhadap Masyarakat Melayu di Malaysia (2009).

Beliau dijemput menyampaikan kuliah-kuliah sejarah Islam di Nusantara secara konsisten dalam Bicara Ad-Deen, anjuran Masjid Sultan Abdul Aziz Syah (2010 sehingga kini). Beliau terlibat menulis entri untuk Ensaiklopedia Sejarah danKebudayaan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (1989 – 1993). Beliau dijemput sebagai penulis rencana dalam Berita Harian bertajuk ‘Melaka tewas pada tahun 1511’ edisi 2015. Selain itu, beliau turut berpengalaman mengetuai rombongan penghayatan sejarah ke Kuala SelangorAceh, Jawa Barat, Jawa Timur dan Vietnam.

Beliau merupakan penulis siri Jejak Risalah di Nusantara bermula dari siri 1 hingga 10. Sehingga kini, empat siri sudah diterbitkan termasuklah siri –
1, 2, 5 dan 6 di samping beberapa buah buku sejarah kontemporariperjuangan Palestin (ada 7 judul setakat ini). Beliau juga bergiat aktif menyampaikan wacanadan kuliah sejarah kepada umum terutama kepada golongan belia dan mahasiswa.

Buku

Jejek Risalah Di Nusantara i | Jejek Risalah Di Nusantara iiJejek Risalah Di Nusantara v | ISRAEL MENGAPA DUNIA TIDAK BOLEH MENGIKTIRAFNYAPALESTINE OPPRESSION UNRIVALLEDMEMBONGKAR KEJAHATAN ISRAEL | DALANG DI PALESTIN: HAMAS ATAU ISRAEL? | AIR MATA GAZA (BARU)

Dr-Hafidzi