Dr Maszlee Malik

Dr. Maszlee Malik dilahirkan pada tahun 1974 di Johor Bharu. Mendapat pendidikan awal di STAR, sebelum menyambung pendidikan menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) atau EC. Beliau kemudiannya telah mengubah haluan ke bidang agama di Madrah al-Quran Waddin, kemudiannya ke Maahad Johor sebelum mendapat ijazah Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dari Universiti al-Bayt, Jordan pada tahun 1999. Seterusnya Sarjana dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya pada tahun 2004. Pada tahun 2011, beliau telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD dari University of Durham dalam bidang Good Governance. Beliau kini merupakan pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau terlibat aktif dalam isu-isu kemanusiaan dan politik terutama di Timur Tengah. Beliau pernah mewakili Malaysia ke persidangan antarabangsa berkaitan Baitul Maqdis anjuran al-Quds Institute pada tahun 2005. Beliau sebelum ini pernah menjawat sebagai AJK JIM Antarabangsa, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dari tahun 2000 hingga 2005.

Beliau kerap dijemput sebagai panel dalam pelbagai wacana berkaitan kemanusiaan dan politik di samping aktif menulis dalam pelbagai genre penulisan, baik di televisyen, majalah mahupun akhbar. Beliau turut terkenal sebagai penganalisis politik khususnya di Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islam kontemporari. Beliau adalah ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN), Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Buku

AL-AQSA DI AMBANG KEHANCURAN AIR MATA GAZA (BARU) | 20 PERSOALAN ASAS PALESTIN

MASZLEE MALIK