• Login/Register

    Login

    Lost password?

    Connect with:
    Facebook

    First time here? Create your account

    Connect with:
    Facebook
Risalah Harmoni
0 Cart RM0.00
  • No products in the cart.
  • Utama
  • Mengenai Kami
  • Produk
    • Buku
      • Ramadhan
      • Siri Bebaskan Aqsa
      • Siri Selamatkan Iraq
      • Tarbiah
      • Umum
    • Merchandise
      • Asas
      • Khat
      • Umum
    • Lain-lain
  • Berita
  • Penulis
    • Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
    • Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
    • Ar Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
    • Dr Maszlee Malik
    • Ustaz Alias Othman
    • Prof Dr Omar Yaakob
    • Dr Ahmad Zainuddin Abdullah
  • Galeri
  • Hubungi Kami
  • Ramadhan Milik Kita
  • Site-Wide Activity
CUSTOMER SUPPORT

CALL US +603-4144 3363

FOLLOW US ON:

WE'RE SOCIAL

Mutiara Ramadhan 1: Pasang Niat untuk Timba Keberkatan Ramadhan
12 Jun

Mutiara Ramadhan 1: Pasang Niat untuk Timba Keberkatan Ramadhan

by admin / 0 Comment

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadan. Inilah yang sering kita doakan:

“Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat tarawih, salah satu sunnah yang amat diberatkan pada bulan Ramadan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitmen kepada solat tarawih.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ketika menjelang Ramadan, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Pada bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”

(Hadis riwayat Ahmad dan an-Nasai)

Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah SAW setiap kali menjelangnya Ramadan.

Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadan adalah satu peristiwa yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syiarnya yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat pada bulan ini. Adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.

Rasullullah SAW menegaskan bahawa Ramadan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada tolok bandingnya.
Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada malam pertama ini. Mahukah kita menerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang mendapat keberkatan Lailatul Qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun.. mungkin melampaui kadar umur kita?

Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis tersebut:

“Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Maka pada malam ini, marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan pada bulan Ramadan. Pada malam ini, kita tingkatkan komitmen kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Pada malam ini kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.

*Petikan daripada buku Mutiara Ramadhan oleh Dr Omar Yaakob terbitan Risalah Harmoni Sdn Bhd

miliki Mutiara Ramadhan sekarang: http://risalahharmoni.com/produk/mutiara-ramadhan/

Categories: Ramadhan Milik Kita
Share on facebook Share on twitter Share on google

Leave a reply Delete Message

Connect with:
Facebook

Berita Terkini

24Nov

Coming soon: #NgeTehBorakBuku SISI TERLINDUNG @ UIAM Gombak !
Coming soon: #NgeTehBorakBuku SISI TERLINDUNG @ UIAM Gombak !by admin / 0 comments

16Nov

Sisi Terlindung: Exposed!
Sisi Terlindung: Exposed!by admin / 0 comments

10Oct

Buku Terbaru Sempena PTI
Buku Terbaru Sempena PTIby admin / 0 comments

Comments

  • admin on Jejak Risalah Nusantara VI
  • admin on Jejak Risalah Di Nusantara II

     

PAUTAN

  • My Account
  • Cart
  • Checkout
  • Wishlist
  • Faqs
  • Customer support

Hubungi Kami

Unit E-67-1, Block E, Platinum Walk
No 2, Jalan Langkawi, Taman Danau Kota
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

+6018-4064423 (Call, SMS, Whatsapp, Telegram)
+603-4144 3363

admin@risalahharmoni.com

SOCIAL & NEWSLETTER

Enjoy our newsletter to stay updated with the latest news on Mindig.

  • Privacy
  • Sitemap
  • Terms And Conditions

RIsalah Harmoni Sdn Bhd - 2015 by Imedia Production