• Login/Register

    Login

    Lost password?

    Connect with:
    Facebook

    First time here? Create your account

    Connect with:
    Facebook
Risalah Harmoni
0 Cart RM0.00
  • No products in the cart.
  • Utama
  • Mengenai Kami
  • Produk
    • Buku
      • Ramadhan
      • Siri Bebaskan Aqsa
      • Siri Selamatkan Iraq
      • Tarbiah
      • Umum
    • Merchandise
      • Asas
      • Khat
      • Umum
    • Lain-lain
  • Berita
  • Penulis
    • Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
    • Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
    • Ar Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
    • Dr Maszlee Malik
    • Ustaz Alias Othman
    • Prof Dr Omar Yaakob
    • Dr Ahmad Zainuddin Abdullah
  • Galeri
  • Hubungi Kami
  • Ramadhan Milik Kita
  • Site-Wide Activity
CUSTOMER SUPPORT

CALL US +603-4144 3363

FOLLOW US ON:

WE'RE SOCIAL

Buku Terbaru Sempena PTI
10 Oct

Buku Terbaru Sempena PTI

by admin / 0 Comment

Tarbiah adalah perkara fundamental bagi ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia. Melalui program usrah dan program-program tarbiah lain, ahli IKRAM dibina dan membina masyarakat dengan syakhsyiah muslim berasaskan manhaj taghyir yang tepat, tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap. Ini termaktub dalam Penyata Misi IKRAM.

Oleh yang demikian, Risalah Harmoni Sdn Bhd dengan kerjasama Unit Manhaj dan Unit Pembangunan Murabbi dan Nuqaba’, Jawatan Kuasa Tarbiah IKRAM Pusat, akan melancarkan 3 buku baru.

  1. Panduan Murabbi Manhaj Tarbiah 1
  2. Panduan Murabbi Manhaj Tarbiah 2
  3. Bekalan Murabbi 1.
Promosi Buku Tarbiah Sempena PTI

Promosi Buku Tarbiah Sempena PTI

Pelancaran buku ini juga bertepatan dengan Perhimpunan Tahunan IKRAM 2016 yang akan diadakan di IDCC, Shah Alam pada Sabtu, 15 Oktober 2016.

Buku Panduan Murabbi 1 dan Panduan Murabbi 2 adalah buku manual kepada para murabbi dalam menjalankan Manhaj Tarbiah 2014 ke atas mutarabbi. Ia menjelaskan tentang marhalah mutarabbi, cara menjalankan bahan sesuai marhalah tersebut, silibus atau bahan untuk marhalah tersebut dan penilaian.

Buku Bekalan Murabbi pula merupakan buku berisikan tips-tips dalam menjadi murabbi. Bukan hanya murabbi dalam liqa’ usrah, tapi murabbi dalam kehidupan mutarabbi.

“Setiap yg bermusafir perlu kepada bekalan. Ia menjadi asbab untuk menjamin seseorang sampai ke destinasi yang dituju. Demikian juga halnya dengan jalan dakwah yang menjadi perkara terpenting dalam hidup seorang daie. Seorang daie perlu kepada bekalan untuk mengawal dirinya dari terpesong. Tidak terkecuali bekalan serupa amat diperlukan oleh seorang murabbi” Demikian taujihat Ustaz Tajul Ariffin, Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Pusat dalam kata pengantar buku Bekalan Murabbi 1.

Ustaz Hj Abdul Muhaimin Muhammad Shahar dalam kata-kata pengantar beliau.

“Beberapa individu telah berusaha mengumpul, menulis semula dan memurnikan isi kandungan bahan-bahan tarbiah agar bersesuaian dengan keperluan semasa. Jazakumullahu khairan jaza”

Individu yang dimaksudkan Ketua Unit Pembangunan Murabbi dan Nuqaba’ ini adalah antaranya Team JK Tarbiah yang terdiri dari beliau sendiri, Ustaz Tajul, Dr Azizah, Tn Hj Azam, Ustaz Aadtiff, dan pihak Risalah Harmoni Sdn Bhd iaitu Tn Hj Zukri dan Dr Hamdi Ibrahim.

Dr Hamdi, wakil Risalah Harmoni menyerahkan buku Panduan Murabbi 1 dan 2 kepada Akh Ibrahim, wakil JK Tarbiah IKRAM di Pejabat IKRAM Pusat

Dr Hamdi, wakil Risalah Harmoni menyerahkan buku kepada Akh Ibrahim, wakil JK Tarbiah IKRAM di Pejabat IKRAM Pusat

Ustaz Tajul Che Ariffin pula menulis dalam pengantarnya,

“Harapan saya semoga buku Panduan Murabbi ini dapat membantu menambah pengetahuan dan pengalaman bagi para murabbi. Saya berpendapat buku ini WAJIB dimiliki oleh semua para murabbi kerana di dalamnya sarat dengan keperluan terkini bagi menggalas tugasan yang mencabar ini”

Tn Hj Zukri, Pengarah Urusan Risalah Harmoni Sdn Bhd berbincang dengan Ustaz Tajul Arifin, Pengerusi JK Tarbiah IKRAM

Tn Hj Zukri, Pengarah Urusan Risalah Harmoni Sdn Bhd berbincang dengan Ustaz Tajul Ariffin, Pengerusi JK Tarbiah IKRAM

Set buku tarbiah ini merupakan Edisi Terhad yang hanya dijual kepada murabbi. Sebab itu harga istimewa ditawarkan kepada para murabbi tarbiah IKRAM. Oleh yang demikian, bagi para murabbi yang berminat mendapatkan buku ini, boleh hubungi pihak JK Tarbiah IKRAM Kawasan anda!

 

 

Categories: Buku Baru
Share on facebook Share on twitter Share on google

Leave a reply Delete Message

Connect with:
Facebook

Berita Terkini

24Nov

Coming soon: #NgeTehBorakBuku SISI TERLINDUNG @ UIAM Gombak !
Coming soon: #NgeTehBorakBuku SISI TERLINDUNG @ UIAM Gombak !by admin / 0 comments

16Nov

Sisi Terlindung: Exposed!
Sisi Terlindung: Exposed!by admin / 0 comments

10Oct

Buku Terbaru Sempena PTI
Buku Terbaru Sempena PTIby admin / 0 comments

Comments

  • admin on Jejak Risalah Nusantara VI
  • admin on Jejak Risalah Di Nusantara II

     

PAUTAN

  • My Account
  • Cart
  • Checkout
  • Wishlist
  • Faqs
  • Customer support

Hubungi Kami

Unit E-67-1, Block E, Platinum Walk
No 2, Jalan Langkawi, Taman Danau Kota
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

+6018-4064423 (Call, SMS, Whatsapp, Telegram)
+603-4144 3363

admin@risalahharmoni.com

SOCIAL & NEWSLETTER

Enjoy our newsletter to stay updated with the latest news on Mindig.

  • Privacy
  • Sitemap
  • Terms And Conditions

RIsalah Harmoni Sdn Bhd - 2015 by Imedia Production